Saturday, September 29, 2012

I and You are CALLER =) : Mosque Tour Quide


"Aku hambaMU yang serba dhoif, aku tidak sehebat hambaMU yang laen, hari demi hari berlalu aku kadang berfikir dan bermonolog.... "Ya Allah Engkau berikan aku pelbagai nikmat, tetapi aku kadang alpa dengan kenikmatan, jika Engkau ambil nyawaku Subhanallah di mana tempat ku".. akan tiba saat nya cepat mahupun lambat.. Aku yang kerdil ini hanya mampu untuk menjadikan diriku seorang daei, biar aku dicaci dihina, aku ada Engkau disisiku"

Suka untuk aku kongsikan pada teman pembaca sekalian, sedikit pengalaman yang ada kaitan dengan post lepas (hihi yang mana perasan tu akan tahu secretnya disini) =) Suatu trafelog yang masih segar diingatan ::

      Pada jam 2.15 petang 8 September 2012, aku bersama rakan sekelas Diploma Pengajian Islam Dakwah telah pergi menaiki bas UniSZA bergerak meninggalkan kampus menuju ke Masjid Kristal. Tugasan yang perlu kami selesaikan ialah aplikasi dakwah dalam skop tour quide dari teori yang telah dipelajari di dalam kelas di bawah subjek Teori dan Aplikasi Dakwah..

         Tugasan ini terasa sungguh mencabar, ketika dalam perjalanan terasa debaran untuk berhadapan dengan realiti sebenar. Menoleh ke belakang melihat rakan masih membawa nota teori lagi sedangkan aku tidak sempat mencapainya sebelum bertolak pergi. Perjalanan dimanfaati dengan membaca buku bertajuk “Ubat Hati” sambil fikiran menafsir apa yang dibaca agar mengisi hatiku dan para mad’u yang bakal didekati, teringat satu kata-kata "kita tidak mampu memberikan sesuatu jika kita tidak ada sesuatu" berusahalah untuk memberikan sesuatu mutiara..
Sebaik sahaja sampai di perkarangan Masjid Kristal, perasaan berdebar makin terasa beberapa minit lagi bakal bertutur dengan mad’u yang tidak diketahui setakat mana pengetahuannya terhadap Islam. Sebelum itu kami dibawa melawat oleh ustazah yang cukup berpengalaman dalam tour guide ini, Subhanaallah kagum melihat lancar dibibir ustazah menerangkan kami selok belok masjid yang wajar kami sampaikan pada para pelancong yang datang melawati.
            Setelah usai penerangan yang serba padat dengan pengalaman, tiba masanya untuk kami mengaplikasikan ilmu tersebut. Pelancong yang pertama kami sambut ialah pelancong dari Hangzhou, China. Alhamdulillah respon awal yang baik kami terima, mereka kelihatan gembira dan pertama sekali yang perlu kami lakukan ialah membantu menyarungkan jubah juga tudung buat pelancong wanita.Aku sungguh gembira dapat melayan salah seorang dari kumpulan mereka dengan memakaikan tudung di kepala mereka, kelihatan dia sungguh menghargai dengan menghadiahkan senyuman manis ditambah pula mungkin kali pertama beliau merasai memakai tudung di kepala. Terus beliau meminta salah seorang dari kumpulan beliau mengambil gambar kami, terasa sesuatu dihati,terharu pula baru kenali tetapi bagai lama sudah mengenali, Allahuakbar alangkah indah jika beliau menerima hidayah dari Allah. Mudahan tiba waktunya digerakkan hati beliau untuk mendekati Islam dan kembali kepada fitrah ketika alam roh kesemuanya Islam mengaku bahawa Allah itu tuhan yang satu.
Setelah itu, kami membawa mereka memasuki bahagian dalam masjid dan membenarkan mereka mengambil gambar, sambil itu kami berbual bertanya khabar dengan mereka bagi menarik mereka untuk lebih selesa bertanya kepada kami apa-apa soalan yang membelenggu difikiran mereka mengenai Islam. Soalan yang mereka bertanya adalah bolehkah solat dengan keadaan begitu (menunjuk ke arah seorang muslimin yang sedang bersolat dengan berpakaian biasa, mengenakan t-shirt dan seluar slack)? Ya, tiada halangan boleh berpakaian begitu untuk mendirikan solat. Bagaimana melakukan pergerakan solat? Kami menunjukkan cara solat dengan mereka mengikut pergerakan kami satu persatu hingga salam.
Terdapat juga halangan dalam menyampaikan maklumat kerana mereka tidak memahami bahasa Inggeris juga Mandarin, sehingga salah seorang mereka berkata ”saya tidak pandai berbahasa Hanyu dan saya tidak suka bahasa Inggeris, saya hanya pandai kantonis.” Jadi kami hanya menerangkan dengan menunjukkan gaya dan dibantu oleh tour guide yang membawa mereka. Mereka kelihatan gembira berada bersama kami dan perpisahan kami diakhiri dengan mengambil gambar kenangan bersama semua.
           
          Setelah itu, pelancong dari China pula tiba, mereka sekumpulan kelihatan sungguh muda, tetapi apabila bertanya umur mereka rupanya telah mencecah 30-an. Mereka meneka benarkah kami pelajar? Benar tekaan mereka “women da xuesheng/ kami adalah pelajar universiti”. Kali ini mereka memahami bahasa Mandarin, Alhamdulillah bolehlah kami bercakap bertanya mereka serba sedikit apa yang telah kami pelajari, kelihatan mereka berbangga dengan kami kerana boleh berbahasa mereka dan memahami pertuturan mereka. Bolehlah cakap “ni hen piaoliang/ awak sangat cantik” tersenyum mereka dan mengucapkan “xiexie/terima kasih” ^^,

          Sewaktu mereka tiba azan Asar berkumandang, mereka kelihatan ingin masuk ke melihat ke dalam masjid, tetapi malangnya dihalang oleh pengawal yang menjaga, berkeras tidak membenarkan masuk dan hanya boleh memasuki setelah selesai solat berjemaah ditunaikan (emm begitulah keranah birokrasi). Kelihatan mereka sedikit hampa, lalu kami membawa mereka berjalan mengilingi persekitaran luar masjid sambil mereka mengambil gambar. Tiba sahaja di pintu hadapan kembali, rakan saya menjemput mereka untuk masuk ke ruangan dalam tetapi mereka kelihatan tidak yakin mungkin takut dimarahi oleh pengawal, tetapi rakan saya mengatakan bahawa dia menjamin mereka tidak akan dimarahi dan segala risiko dia akan menanggunnya, begitulah mehnah dan tribulasi dalam melaksanakan dakwah, ada ummat Islam sendiri yang mudah memandang serong terhadap non-muslim sedangkan diri mereka sendiri jahil agama. Rakan saya berpesan bahawa agar mereka tidak bercakap dengan suara yang kuat di dalam dewan solat yang bakal dimasuki, Alhamdulillah mereka sangat mematuhinya sampai ingin berkata kepada kawannya mereka akan bercakap seolah berbisik.

               Pelancong seterusnya adalah dari Australia. Keinginan mereka begitu kuat untuk mendalami agama Islam sehingga seorang tour guide menghadiahkan sebuah terjemahan alquran English transiliton. Kata ustazah di negara Barat mereka mengalakkan anak muda untuk advance lebih 20 negara. (huhu negara kita bagaimana? dapat ke KL atau Putrajaya pun macam masuk alam laen)

              Setelah jam menunjukkan 5.30 petang, maka berakhir tugasan kami. Alhamdulillah, terasa sungguh mendapat pengalaman luar biasa pada hari tersebut, tidak dapat diluahkan sepenuhnya melalui mata pena. Moga pengalaman ini menjadi titik mula untuk aku lebih bergiat dalam bidang dakwah terhadap non-muslim dan juga terhadap warga luar negara Malaysia.. Mana tahu suatu hari dapat terbang tinggi hihi

           Akhir kata ini adalah refleksi dari aku yang kerdil, doakan diriku thabat dalam perjuangan penerus rantai perjuangan Rasulullah S.A.W. andai aku gugur, mudahan jannah tempat ku. Teringat suatu secebis kata yang mendalam maksudnya :) 


"Tegakkan Islam dalam dirimu, nescaya mekar Islam disekelilingmu"

Sunday, September 23, 2012

Aku Lah Daei =)

            Allahuakbar, catatan ini ditulis oleh aku yang serba dhoif. Dari kecil aku di ajar akan erti kehidupan, berada dalam keluarga yang susah, itu lah yang mematangkan diri ku. Apa yang aku perolehi dalam kehidupan ingin aku lakarkan di kanvas dakwah, melakar bersama lebih indah dari ianya bersemadi begitu sahaja. Menjadi pendakwah bukan perkara yang mudah seperti memetik cari, ranjau liku kehidupan tidak sama dengan orang lain, jadilah insan ghuraba' (orang asing) Insyaallah tiada kerugian sedikit pun walau dipandang pelik+diperli+dihina+difitnah kerna apa ? Kerna pada suatu hari berkata Rasulullah "Islam itu bermula dalam keadaan asing (ghareeb) dan akan kembali asing sebagaimana permulaannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu (ghuraba') " 
          Oh ye, mesti ada yang tertanya-tanya kenapa blog ini tidak terus bersawang hihi =) tidak lupa syukran jazilan pada teman-teman, kenalan-kenalan dan sahabat-sahabat yang sudi melawat blog yang tidak seberapa ini. Tidak lupa kepada yang menasihatkan kepada tuan blog supaya bisa menarikan pena di sini ^^, hihi kadang begitulah ada niat nak berkongsi dengan kalian tapi (haha dah start nak mencipta alasan) tapi tu lah, bila tulis-tulis cuma mampu tinggal di draf sahaja huhu so sad :'(
  
             Blog ini terus bersawang hinggalah ke hari ini tiba-tiba ada sesuatu memontem yang berlaku (nak tau ke? huhu ).. Ceritanya begini pagi tadi ana membuka emel (emel yang jika ada urusan je rajin membuka huhu kalau tak berkarat juga lah nak buka), tetiba.... Subhanaallah, emel dari seorang yang hebat singgah di inbox :

 "Salam Saripah. Good work! Enti ada bakat writing, boleh baiki lagi, pengalaman sebegini kalau boleh di share di blog besar manfaatnya. InshaAllah." 

              Allahuakbar, seolah menerima tamparan hebat (mahu lebam pipi hihi x dek lah) apa yang ana rasa, Subhanaallah aku nie tidak menggunakan peluang yang ada sebaiknya, ada blog tapi ditinggal begitu sahaja. Maafkan akan ke alpaan aku sebagai daei :'( 

            Insyaallah, "......" syukran kathir atas komentar yang diberi, mudahan ana menjadi sehebat "......" berada di medan dakwah tanpa mengenal waktu.. Ana bangga dengan "....." tidak sia-sia ilmu yang dipelajari ada apikasinya yang besar untuk ummah.. =) 

p/s (Pasti ada yang bertanya siapakah dia itu ".....", apakah yang Good work,, dan apakah pengalaman yang perlu di share tersebut? hihi rahsia lah, kalian pasti boleh teka kelak).. 

"Hitunglah Kesyukuranmu Bukan Kesukaranmu"
        

Saturday, September 22, 2012

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

  بسم لله الرحمن الرهيم 
Pembuka kalam bicara hati dari hamba yg kerdil ini mengharapkan keRedhoan Allah dan jua Syurga Allah.. Setelah post akhir 21 May 2011 bertajuk :

::TuNDuKKaN PaNDaNGaN KiTa Ye MoGa PeRoLeH BERKAT::

kini muncul kembali hihi ingat nak semadikannya, tapi ada sebab dan tekad baru Insyaallah (nak tau apa sebab? =) nanti ana cite)

Sedikit nasihat dari hati ku buat hati mu dan hati ku juga yang sering alpa. Dunia ini bukan milik kita, ia hanya tempat persinggahan seketika, teringat nasyid yg dialunkan oleh Allahyarham ustaz Asri "Mana Milik Kita,, Tidak Ada Milik Kita,, Semua Yang Ada Allah Yang Punya,, Tidak Ada Kita Punya,, Kita Hanya Mengusahakan Saja".. sahabat sekalian ambil masa kita renung kembali kemana masa yang telah kita habiskan? adakah untuk taati Allah atau ke jalan ingkar padaNYA, na'uzubillah.. 

Dari saat ke saat, minit ke init, jam ke jam, hari ke hari, bulan ke bulan, tahun ke tahun.. Allahuakbar banyak masa kita bazirkan dengan yang sia-sia. Hati ini sering terdetik Ya Allah andai Engkau ambil nyawa aku, tidak tahu apa amal yang aku boleh bawa untuk Mu. Sering kali amal yang sedikit bolos dengan maksiat yang berulang kali. Hanya aku hamba mu yang dhoif dan kerdil ini bedoa agar thabatkan hati aku ini dan istiqomah dalam beramal.. adik-adik dan teman-teman bagaimana doanya ?

Daripada Mu`az ibn Jabal r.a., bahawa Rasulullah s.a.w memegang tangannya lalu bersabda: " Wahai Mu`az, demi Allah, aku mencintai engkau". Kemudian baginda melanjutkan: "Aku berpesan kepadamu, wahai Mu`az, jangan sekali-kali tinggalkan berdoa selepas solat dengan doa ini :

"Ya Allah, bantulah aku untuk dapat mengingati-Mu, mensyukuri-Mu, dan beribadat dengan baik kepada-Mu."

Teman-teman,, Ingat Allah bagi kita pinjam macam-macam, suatu masa Allah berhak ambil apa yang DIA beri kita pinjam.. Allahuakbar moga kita tidak alpa bersyukur padaNYA.. Akhir kalam 

"Hitunglah Kesyukuranmu Bukan Kesukaranmu"



Saturday, May 21, 2011

::TuNDuKKaN PaNDaNGaN KiTa Ye MoGa PeRoLeH BERKAT::

             Assalamualaikum buat sahabat2 pembaca sekalian kali ini (hihi setelah lame sampai bersawang blog) ana kongsikan faedah dari kita menundukkan pandangan kite. Kalo kat sekolah ana dulu selalu dok pringat tentang jage pandangan kite (muslimin mahupun muslimat), ana masih ingat saat2 manis bersame2 sahabat di SMKA TAHAP kebiasaan nya bila nampak je ramai kaum adam tentu x sanggup nak lalu, so sanggup bg mereka lalu dahulu atau pun pusing ikot jalan laen walaupun jauh dan kelas bakal bermule.

            Itu lah tarbiah, bile di kenang mengalir air mata, dulu ade org yg jage kite (nak tocher2 kite) bagi kite sedar ape yg kite buat salah, tp bile masuk alam kampus, err kalo silap jalan alamat x dek sape dah nak ambik tahu tentang akhlak kite, buat lah mcm mane pun (nak tunggang tebalik) x dek sape nak marah, Alhamdulillah, ana masih dalam linkungan penjagaan, ramai sahabat2 yg take care kan diri, jadi sahabat2 pembaca sekalian, kalo nak selamat cari lah sahabat yg baek yg sanggup tegur kite bile kite buat salah dan yg sanggup ade di saat kite sukar..

Masuk pada tajuk pulak yek -: Menundukkan pandangan mempunyai banyak sekali faedahnya, antaranya ialah:

1) Menunjukkan tanda bahawa seseorang itu tunduk kepada Allah s.w.t. dan merupakan puncak kebahagiaan seseorang hamba di dunia dan di akhirat.

2) Dapat menangkis serangan anak-anak panah iblis yang sangat panas lagi beracun, yang mana boleh menyebabkan kehancuran.

3) Dapat menghiasi hati dengan sinaran cahaya, melenyapkan kegelapan yang terdapat pada wajah dan anggota badan.

4) Membersihkan hati dari akibat sedih.Orang yang tidak mahu menundukkan pandangannya maka akan kekallah ia dalam kesusahan.

5) Mewariskan firasat yang sihat dan benar yang dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk.

6) Membuka pintu pengetahuan, iman dan ma'rifat kepada Allah s.w.t. serta hukum-hakamnya.

7) Menundukkan pandangan dapat mewariskan keteguhan dan keberanian.

8) Mewariskan hati dengan kesenangan dan kebahagiaan yang sangat indah.

9) Dapat menyucikan hati dan syahwat yang tersembunyi, maka itulah yang dikatakan tawanan hawa nafsu.

10) Dapat membebaskan hati dah fikiran yang selalu merumitkan, sedangkan bagi mereka yang tidak mahu menundukkan pandangan, fikiran mereka akan hanyut dengan angan-angan yang tinggi.

11) Menguatkan dan meningkatkan daya fikiran.Sedangkan mereka yang tidak mahu, tidak dapat apa-apa hasil kecuali hilang sikap waspada terhadap ahibat-akibat buruk yang akan berlaku.

12) Menundukkan pandangan dapat membebaskan hati dari gila syahwat dan menghilangkan sifat lalai. Sebaliknya bagu\i mereka yang tidak mahu menundukkan pandangan akan membuatkan dia melupakan Allah dan kampung (alam) akhirat.

Thursday, May 5, 2011

Ibu dan Bapa Rasulullah Tidak Masuk Neraka

Dalil ORANG TUA NABI MUHAMMAD SAW TIDAK MASUK NERAKA
Published on May 3, 2011 in Bulan Mawlid / Rabiul Awal.
Di dalam kitab “Kifayatul ‘Awam” karya Syeikh Ibrahim Al-Baujuri halaman 13, cetakan “Dar Ihya al-Kutubil ‘Arobiyah” disebutkan yang terjemahannya sebagai berikut:

             Jika anda sudah tahu bahwa Ahlul Fathroh (masa kevakuman atau kekosongan Nabi dan Rasul) itu termasuk orang-orang yang selamat (dari neraka) berdasarkan pendapat ulama yang kuat, maka tahu lah anda bahwa bahwa kedua orangtua Nabi Muhammad saw adalah orang-orang yang selamat juga (dari neraka). Karena, mereka berdua termasuk Ahlul Fathroh (termasuk juga kakek, buyut Nabi dan ke atasnya). Bahkan mereka berdua termasuk Ahlul Islam, karena Allah telah menghidupkan mereka berdua untuk Nabi Muhammad saw sebagai pengagungan kepadanya. Kemudian berimanlah kedua orangtua Nabi itu kepadanya sesudah kebangkitannya menjadi rasul.

             Hal ini berdasarkan sebuah hadits yang diriwayatkan dari Urwah dari Aisyah bahwa Rasulullah saw memohon kepada Tuhan-Nya agar Dia menghidupkan kedua orangtuanya. Maka Allah pun menghidupkan kedua orangtua Nabi itu. Selanjutnya, keduanya beriman dengan Nabi Muhammad saw. Kemudian, Allah mematikan keduanya kembali.
Berkata Suhaili: “Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu, bisa saja Allah mengkhususkan Nabi-Nya dengan apa-apa yang Dia kehendaki dari sebab karunia-Nya dan memberi nikmat kepada Nabi-Nya dengan apa-apa yang dia kehendaki dari sebab kemuliaan-Nya.
Telah berkata sebagian ulama: “Telah ditanya Qodhi Abu Bakar bin ‘Arobi, salah seorang ulama madzhab Maliki mengenai seorang laki-laki yang berkata bahwa bapak Nabi berada di dalam neraka. Maka, beliau menjawab bahwa orang itu terlaknat, karena Allah ta’ala berfirman:
{إِنَّ ٱلَّذِينَ يُؤْذُونَ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ لَعَنَهُمُ ٱللَّهُ فِى ٱلدُّنْيَا وَٱډخِرَةِ وَأَعَدَّ لَهُمْ عَذَابًا مُّهِينًا}
Artinya:
“Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti Allah dan Rasul-Nya, niscaya Allah akan melaknat mereka di dunia dan akherat dan menyiapkan bagi mereka itu adzab yang menghinakan”. (QS. Al-Ahzab: 57).

            Dan tidak ada perbuatan yang lebih besar dibandingkan dengan perkataan bahwa bapak Nabi berada di dalam neraka. Betapa tidak ! Sedangkan Ibnu Munzir dan yang lainnya telah meriwayatkan dari Abu Hurairah bahwa beliau berkata: “Engkau anak dari kayu bakar api neraka’, maka berdirilah Rasulullah saw dalam keadaan marah, kemudian berkata:
ما بال أ قوام يؤذونني فى قرابتي و من أذاني فقد أذى الله
Artinya:
“Bagaimana keadaan kaum yang menyakiti aku dalam hal kerabatku, dan barangsiapa menyakiti aku maka sesungguhnya dia telah menyakiti Allah”.

            Dalam masalah ini Imam Al-Jalal as-Suyuthi telah menyusun beberapa karangan yang berhubungan dengan selamat kedua orangtua Nabi Muhammad saw (dari neraka). Semoga Allah membalas kebaikan kepadanya !!!.

Tuesday, April 19, 2011

Bacalah Wahai Diri Yang Lemah

       
        Allah mengajak hambanya utk bertaubat, menginsafi segala dosa dan kesalahan. Persoalannya.. Apakah kita memahami apakah itu taubat?? Saudara muslimin yg ku kasihi.. Taubat dr perkataan Arab bermakna "Kembali" dr segi istilah ialah "kembali dr segala sifat yg tercela,menuju sifat yg trpuji yg di redhai Allah".. Adakah jiwa & hati kite yg kotor ini telah brtaubat dgn sebenarnye atau sekadar acuh x acuh sahaje...

       x kisah lah siape kite adakah seorg (pemimpin besar, ibu, bapa, kakak, abang, adik, doktor, guru, pegawai bank, pemberi tarbiah) kite kelak akan kembali padaNYA jua. Jgn sesekali kite angkuh dgn ilmu dan nikmat yg Allah pinjamkan pd kite, dan jgn sering mendongak ke atas dgn merasa selesa tp lihat lah kebawah masih ramai yg lebih mulia di sisi Allah, siapa kite utk gah brkate tanpa memikirkan hati insan lain.. jage tutur kate kite.. jadikan Rasulullah tauladan utama kite..

       Allah akan uji setiap ape yg kite laksanakan melalui firman nya, (yg sy yakin sahabat sekalian telah hadam dalam kepala) "Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan"

Firman Allah s.w.t : Wahai org beriman, bertaubatlah kamu dgn taubat yg sebenar..

        Saudara muslimin Rasulullah mengingatkan kite tentang hakikat manusia yg sering melakukan dosa, sabda Baginda " Setiap anak adam melakukan dosa dan yg terbaik antara mereka yg berdosa itu ialah yg mahu bertaubat."

Maka marilah, kita hitung dosa2 yg telah kite lakukan kpd Allah s.w.t.
Hisab dirimu, hitunglah dosa2 dirimu sebelum kau dihitung, dihisab oleh Allah..

         Untuk itu saudaraku sekalian,bayangkan kebesaran Allah,bayangkan nikmat kurniaan Allah yg DIA telah lame diberikan kpd kite.
Dan bayangkan pule apakah dosa yg telah kite lakukan, trlalu byk nikmat kurniaan Allah dan trlalu banyak pula dosa yg kite lakukan.

Firman Allah kepada kite lg : "Jika kau hitung nikmat Allah, tidak akn terhitung byk nye"

          Namun persoalannye saudaraku sekalian, adakah kite menggunakan nikmat itu utk beribadah kpd Allah?? ATAU kite gunakan nikmat Allah untuk INGKAR kpdNYA..

          Lihat sekitar kau sekarang, apa yg kurang? segalanya Allah berikan serba cukup. Kau miliki penglihatan, pendengaran, lidah yg petah berkate2 dan tubuh badan anggota yg cukup sihat hingga bile kau melihat org yg tidak sempurna seperti kamu jiwa yg hebat. kamu mencerca die sehina2 nye dan kau lemahkn jiwanye selemah mungkin.. adakah kamu tahu, yg kamu hine itu jiwa nye lebih mulia disisi Allah.... Lupakah kite??

Firman Allah : "Jika kamu brsyukur akan ku tambah nikmat mu, Namun jike kamu kufur, sungguh azab ku amat pedih"

dari insan yg lemah lg kerdil (fadhilah al-yahya) ..waallahua'lam

Sunday, April 3, 2011

Lah Kamu Tak Pandai Masak???

Kalau perempuan tidak boleh memasak,
dikutuk dan disuruh belajar. Kalau
lelaki tak boleh jadi imam kita kata
okay saja. Jangan diperbesarkan nanti
mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak
siapa nak kahwin dengan awak!"

Begitulah kata rakan sejawat lelaki
pada seorang anak dara, juga rakan sejawat
kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu
yang dia tidak sempat belajar memasak
sebab dari kecil tidak digalakkan
keluarga sebaliknya di suruh menumpukan
perhatian pada pelajaran saja. Setelah
tinggal di asrama, peluang pulang ke
rumah terhad dan tidak sempat turun ke
dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?"
Tanya sang lelaki lagi dengan penuh
semangat.

''Sedang belajarlah ni tetapi selain
sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk
belajar agama, jadi belajar memasak
tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab
si gadis yang membuatkan lelaki tadi
menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak
sempurna seorang wanita jika tidak tahu
memasak. Wanita sepatutnya buat begitu
juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh
menjadi imam. Walau ada yang kata, jika
itu syaratnya bermakna makin ramai
wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di
dapur sebagai perkara utama dan
ungkapan
hendak memikat suami, perlu pikat
seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu
berpelajaran atau berjawatan tinggi dan
penyumbang utama kewangan dalam
rumahtangganya. Sekarang bukan asing
lagi gaji isteri lebih tinggi daripada
suami. Namun kedudukan suami sebagai
raja tidak pernah dilupa walau dia
tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu
menjadi imam. Ilmu bermain video game
di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh
belajar
dan sesudah belajar perlu handal. Jika
handal bukan setakat masak untuk
keluarga sendiri, kalau boleh perlu
boleh memasak untuk tiga pasukan bola.

Begitulah standard yang telah
ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan
undang-undang itu kepada lelaki juga.
Kalau tidak pandai jadi imam,
belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada
keluarga sendiri, sudah terror boleh
mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak,
mereka
tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman
wanita yang lain.

Betul juga. Berapa kerat lelaki yang
menjadikan sembahyang jemaah di rumah
bersama anak isteri sebagai agenda
utama, selain keperluan memenuhi
pelbagai seleranya? Maka bertanyalah
wanita kini kepada beberapa lelaki
tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak
confident menjadi imam sebab takut
bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah
tajwid atau pun dia merasakan isterinya
lebih handal. Ada yang kata lebih elok
dia dan isteri sembahyang
sendiri-sendiri. Ada juga menjawab,
rasa
kelakar pula apabila dirinya yang rugged
menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan
sepertimana masyarakat memberatkan
wanita perlu pandai memasak jika mahu
bersuami. Lelaki juga harus boleh
menjadi imam supaya kewibawaan mereka
sebagai ketua keluarga tidak goyah atau
menjadi mangsa 'queen control'. Kalau
tidak pandai, belajarlah sekarang..
P/S : ''walauapapun kita kene juga tau pandai masak sahabat,  hihi sian pule x kan nak makan rebus maggie je or makan kat corner mak jah punye or kari mamak buat (^_^)''

x kan nak jadi mcm nie (p/s : Muslimah jgn tiru aksi ini dirumah pule tau)
x kan pule nak follow belakang anak je anytime
Alhamdulillah Macam Nie Lah Yang Kite Inginkan (^_^)''