Wednesday, March 9, 2011

Bila Hati Terluka..


"Enti ada masalah ye?" berbunga rasa hati bila diberi perhatian.

"Enti dah makan belum? Ana belanja yup." Sejuk hati mendengar ajakan seorang teman.

Bersyukur saat-saat kita dirundum masalah bahkan hati tidak tenteram, muncul sahabat yang memberi sentuhan persahabatan. Ibarat dapat membaca galau di hati ini. Masalah itu pelbagai, akan tetapi apabila sebuah persahabatan diganggu gugat itu lebih menyakitkan. Entah di mana silapnya. Termenung panjang...

Hati manusia biasa mudah terluka bila putus cinta, tapi hati manusia luar biasa, pejuang di jalan Allah, sarat dengan cinta pada Allah, sahabat itu juga permata dan kekasih hatinya... 

 Sahabat antara puzzle yang melengkapkan kehidupan manusia. Setiap sesuatu ada ujiannya. Tatkala hati terluka kerana sahabat, jangan dibiarkan syaitan membisikkan keretakan. Kita harus bijak mendidik emosi. Beri masa pada diri. Beri masa pada sahabatmu.
"Kenapa enti buat ana macam ni ?" ketidak puasan hati seorang sahabat selepas salah menilai niat baik sahabatnya sendiri. Mereka sedang diuji.

"Ala enti apa kurang," kata-kata bisa ketika ajakan kebaikan dibalas acuh tidak acuh.

"Semua orang ada masalah, selesaikan dulu sebelum sibuk nak tau masalah orang lain,"

Kita mungkin sesekali terluka. Bahkan mungkin berkali-kali. Terluka dalam ajakan dakwah, Terluka dalam meneruskan agenda tarbiyah bahkan terluka dalam menjaga sebuah ukhwah. Ukhwah yang selama ini digambarkan ceria tiba-tiba beransur mendung, sepi seketika. Ini baru satu dua ujian buatmu wahai pembawa agama. Bukan semuanya berita sedih dan duka.
Ketahuilah diri kita dan sahabat kita tidak sama. Ada ruang, dia perlu bersendiri. Ada ketika, individu lain dijadikan luahan hati. Ada ketika, dia datang minta dinasihati. Pelbagai ragam sungguh sebuah persahabatan ini.
Lukanya hatimu saat ini adalah kerana cintamu padanya kerana Allah. Sama-sama ingin ke syurga sama-sama ingin menjauhi panasnya luka api neraka. Bagi dirimu yang terluka, rawatilah... Luka itu akan sembuh semula...Kepada Allah kita mengadu cerita. Coretan untuk Musafir dan semua. Moga ketenangan buat diriku, sahabatku dan kalian yang membaca. Jangan pernah serik mengajak manusia pada kebaikan. Apatah lagi dengan teman, sahabat dan keluarga kita semua. Salam mahabbah buat semua.
Doa kalian ana harapkan.
Moga Allah sayang Musafir.
Moga Allah sayang kalian.

Sayangilah sahabat kita dan hargainya, jangan sesekali kita membencinya, ingatlah banyak kebaikan yang telah sahabat kita berikan.. jangan jadikan silapnya masalah besar kepada kita.. kerana hakikatnya dia insan begitu jua kita.. bayangkan jika nyawa nya ditarik saat kita bergaduh dgn nya ALLAHUKBAR pasti kita akan menyesal seumur hidup kita.. Sahabat lah hadiah Allah pada kita:-) syukran kepada sahabat ana dan sesiapa yang menganggap ana sebagai sahabatnya. Ana insan yang lemah, andai ana ada buat salah maka perbetulkan ana segera.