Sunday, September 23, 2012

Aku Lah Daei =)

            Allahuakbar, catatan ini ditulis oleh aku yang serba dhoif. Dari kecil aku di ajar akan erti kehidupan, berada dalam keluarga yang susah, itu lah yang mematangkan diri ku. Apa yang aku perolehi dalam kehidupan ingin aku lakarkan di kanvas dakwah, melakar bersama lebih indah dari ianya bersemadi begitu sahaja. Menjadi pendakwah bukan perkara yang mudah seperti memetik cari, ranjau liku kehidupan tidak sama dengan orang lain, jadilah insan ghuraba' (orang asing) Insyaallah tiada kerugian sedikit pun walau dipandang pelik+diperli+dihina+difitnah kerna apa ? Kerna pada suatu hari berkata Rasulullah "Islam itu bermula dalam keadaan asing (ghareeb) dan akan kembali asing sebagaimana permulaannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu (ghuraba') " 
          Oh ye, mesti ada yang tertanya-tanya kenapa blog ini tidak terus bersawang hihi =) tidak lupa syukran jazilan pada teman-teman, kenalan-kenalan dan sahabat-sahabat yang sudi melawat blog yang tidak seberapa ini. Tidak lupa kepada yang menasihatkan kepada tuan blog supaya bisa menarikan pena di sini ^^, hihi kadang begitulah ada niat nak berkongsi dengan kalian tapi (haha dah start nak mencipta alasan) tapi tu lah, bila tulis-tulis cuma mampu tinggal di draf sahaja huhu so sad :'(
  
             Blog ini terus bersawang hinggalah ke hari ini tiba-tiba ada sesuatu memontem yang berlaku (nak tau ke? huhu ).. Ceritanya begini pagi tadi ana membuka emel (emel yang jika ada urusan je rajin membuka huhu kalau tak berkarat juga lah nak buka), tetiba.... Subhanaallah, emel dari seorang yang hebat singgah di inbox :

 "Salam Saripah. Good work! Enti ada bakat writing, boleh baiki lagi, pengalaman sebegini kalau boleh di share di blog besar manfaatnya. InshaAllah." 

              Allahuakbar, seolah menerima tamparan hebat (mahu lebam pipi hihi x dek lah) apa yang ana rasa, Subhanaallah aku nie tidak menggunakan peluang yang ada sebaiknya, ada blog tapi ditinggal begitu sahaja. Maafkan akan ke alpaan aku sebagai daei :'( 

            Insyaallah, "......" syukran kathir atas komentar yang diberi, mudahan ana menjadi sehebat "......" berada di medan dakwah tanpa mengenal waktu.. Ana bangga dengan "....." tidak sia-sia ilmu yang dipelajari ada apikasinya yang besar untuk ummah.. =) 

p/s (Pasti ada yang bertanya siapakah dia itu ".....", apakah yang Good work,, dan apakah pengalaman yang perlu di share tersebut? hihi rahsia lah, kalian pasti boleh teka kelak).. 

"Hitunglah Kesyukuranmu Bukan Kesukaranmu"
        

No comments:

Post a Comment