Friday, January 4, 2013

iNI KiSaH NeGaRa MaLaYSiA


Hari demi hari..
Dunia ini sarat dengan maksiat..
Andai esok kiamat bagaimana kesudahan kita semua..
Hari-hari Tv menghidangkan berita yg mengerunkan..
Bayi kecil tidak berdosa di jumpai di tepi pantai,,
Pemuda dihidangkan dengan Pesta tahun baru 2013,,
Tarian yg x sewajarnya wujud, nak sebut pun rasa jijik,,
Bila Ops Cegah serbu, mula tak cukup tanah lari..
Hinggakan van JAIP (Jab. Agama Islam Pahang) di bawa lari..

Ingin salah kan siapa..
Kemana ibu kemana ayah..
Kemana pemimpin Negara..
kemana pergi kesedaran diri..
Mungkin semua perlu bertanya.. Kemana aku??

Dialog di dalam bas Jengka Liner sewaktu aku pulang tadi..
Pak cik driver bas berkata "ibu ayah harap anak pergi belajar"
Mak cik penumpang mencelah "itu lah anak di beri macam-macam"
Pemuda driver kedua menjawab "emm tu lah anak muda sekarang"

Meneruskan perjalanan menaiki Bas Cas Ligas..
Kiri, depan dan belakang bas dipenuhi warga Bangladesh..
Tanpa ku sedari, hati menjerit..
Alangkah tidak selamatnya negara ku ini..
Tiba-tiba lamunan ku terhenti dengan bunyi" doom"
Masyaallah seorg "hero" ala2 filem tamil jatuh..
Jatuh kerana asyik ketiduran dengan kaki berkasut di atas dua seat..
Alangkah hinanya jatuh di kaki dua wanita..
Mungkin jika pemuda di tempat wanita itu sudah dihumban ke luar "hero" itu..

Air mata bisa mengalir ibarat deras nya air hujan jatuh ke bumi..
Payung tidak bisa menampung lagi..
Angin berdesir pantas..
Ombak menghempas kuat...
Amaran buat hamba yg berfikir.....

Fikir-fikirkan lah.. berusahalah, bertindaklah kita semua baiki Ummah yang sudah parah Rosak.....
Al-Quran dan Assunnah penunjuk jalan..
Untuk kita sampai kepada Sang Pencipta..


Nukilan,
Sang Perindu Syahid


No comments:

Post a Comment