Sunday, January 30, 2011

UJIAN MEMBANGKITKAN SEMANGAT DIRI

Assalamualaikum sahabat ku sekalian..Mudahan hati kita kuat dgn ikatan doa rabitah yang sering kita baca terutama ketika baca Al-Ma'thurat...
Sungguh indah kata-kata dalam doa rabitah hingga menitis air mata ini terutama bila pelbagai ujian menjengah... Allahuakbar...Minggu nie silih brganti ujian menjengah..Sungguh lemah diri ini untuk menghadapi nya... Tapi semua nya tersarat pelbagai hikmah... Bagi ana bila ujian mendatang ana akan fikir hikmah di sebalik nya... Antara ujian yang ana lalui seminggu ini dan yg dapat nyatakan di sini adalah 
PERTAMA: seteguh mana ukhwah antara sahabat ana yg ana sayangi kerana ALLAH... 
KEDUA: sakit yang paling rasa sakitnya selama ana hidup di muka bumi ini... 
KETIGA: pemergian seorang sepupu yang banyak berjasa... 
KEEMPAT: berita-berita dari bumi anbiya' (MESIR) yang mana di sana ada insan yang ana kasihi dan yang hampir 3tahun ana tidak mendakap nya
[ana x crite semua dan x secara terperinci stiap ujian di atas]


Hati ini sedih, hati ini berbisik sendiri "wahai diri, Allah x kan uji, jika diri kamu x layak dgn ujian ini, wahai diri kuatlah, ujian ini dari PENCIPTA KAMU JUA MAKA MENGADULAH PD NYA", hati ini kadang berbisik jua "wahai diri, kenapa minggu ini silih berganti ujian yg mendatang, diri ini tidak ada persediaan yg cukup utk hadapi segala nya minggu ini", hati ini makin resah, tidur seketika dan apabila terjaga maka semua nya berputar dalam kepala... Hanya DIA jua yang sudi mendengar dan menguatkan hati ini.. 
 KU MEMOHON DALAM SUJUDKU PADAMU,
 AMPUNKANLAH SEGALA DOSA DALAM DIRI,
 KU PERCAYA ENGKAU BISA MENEGUHKAN,
 WALAU SERIBU RINTANGAN,
 KAN MENGHADANG DALAM DIRI,
 KU TEGUHKAN HATI INI,
 HANYA PADA MU,
 ENGKAU SATU CINTA,
 YANG SELAMANYA AKU CARI..
Ana nak kongsikan tentang UJIAN yg KEDUA iaitu sakit yg paling rasa sakitnya selama ana hidup di muka bumi ini (ana cerita ringkas je ye) ..x tau lah tetiba sakit mendatang pada pagi hari jumaat, nak kata x jaga pemakanan, rasanya okeh je tu lah kalau Allah nak uji DIA tetap uji juga.. pagi tuh ana muntah sampai kan pucat dan sehinggakan x dek apa dah yang nak keluar (everything dah kluar termasuk ubat gastrik dan air masak turut keluar).. dan ada sahabat yang tolong  ana,ana pun merehatkan diri dan Alhamdulillah keadaan stabil,petangnya pun ana mampu bersenam... tapi ana kembali sakit pada jam 12.05 pagi sabtu... ALLAHUAKBAR  waktu tuh ana rasa nak muntah dan ana cuba muntah tapi x keluar juga, sahabat ana tolong dan akhirnya keluar juga beserta angin yang banyak.. sakit tidak berhenti di situ sahaja, ana di susuli dengan sesak nafas, waktu tuh ALLAHUAKBAR bermain dalam fikiran "adakah hari ini hari terakhir ku?" "aku mahu ada di samping ummi, abah dan insan yang menyayangi diri ku" "Ya Allah, dosa ku lbih banyak dari kebajikan ku" "Ya Allah aku masih mahu menjadi pejuang agama Mu" "Ya Allah ampunkan dosa ku"... sahabat sekalian ini bukan rekaan semata-mata tapi ini adalah benar ana rasa ajal ana semakin dekat, tapi Allah Maha Mengetahui masa nya belum tiba lagi, jam 1.30pagi keadaan ana semakin pulih (syukran banyak2 pada sahabat2 yang membantu dan menemani ana, jasa kalian pada ana, hanya Allah yang mampu balas" dan ALHAMDULILLAH sehingga kini ana masih di beri pelbagai pinjaman dari NYA dan ana tidak sesekali lupa untuk sujud tanda bersyukur kepada NYA kerana masih melanjutkan tempoh "pinjaman nyawa", sedar lah diri ku dan sahabat ku tiada siapa yg boleh beri pinjaman yg bernilai itu pada kita melainkan ALLAH, maka gunakan setiap detik dan langkah kita untuk NYA bukan untuk dunia semata atau akhirat semata..
AKAK KU YANG KU RINDUI


Ana kongsikan pula tentang UJIAN yang KEEMPAT iaitu berita-berita dari bumi anbiya' (MESIR), yang mana di sana ada insan yang ana kasihi dan yang hampir 3 tahun ana tidak mendakap nya, itu lah AKAK ku.. Sebagai mana yg sedia maklum, Mesir sekarang ini sedang berlaku satu kebangkitan rakyat, demonstrasi besar-besaran oleh rakyat yang ingin perdana menteri nya Husni Mubarok yg berusia 82 tahun yg menggunakan pemerintahan kuku besi terhadap rakyat Mesir berundur.. Mesir telah diisytihar kan DARURAT, maka semua rakyat di sana diperintah berkurung dan menyediakan makanan untuk tempoh 1 bulan (ALLAHHUAKBAR hanya Allah yg tahu bagaimana rasa kerisauan dalam diri ku dan keluarga ku) dan yang paling kejam semua talian televisyen, internet dan telephone dihentikan, hanya radio sahaja yg di buka di sana (hati ana merintih YA ALLAH ENGKAU BERIKAN APA YG TERBAIK BUAT KAKAK KU, sungguh hati ini sgt rindukan mu kakak ku).. 


WAHAI DIRI BANGKIT LAH DARI LENA, DARI TERMENUNG PANJANG, DARI KESESAKAN DUNIAWI.. BANGKIT LAH MEMBURU CINTA YANG HAKIKI, SEGALA UJIAN DIA YANG HADIAHKAN DAN ITULAH CARA TARBIAH DARI NYA DAN INGATLAH FIRMAN NYA


ALLAH TIDAK MEMBEBANI SESEORANG MELAINKAN SESUAI DGN KESANGGUPANNYA
>SURAH AL-BAQARAH 286<
DAN JANGANLAH KAMU MERASA LEMAH (DLM PRJUANGANMU), DN JANGANLAH KAMU BRDUKACITA (TRHADAP APA YG BAKAL MENIMPA KAMU), PADAHAL KAMULAH ORANG2 YG TINGGI NILAI NYA, JIKA KAMU ORANG2 YG BRIMAN
>SURAH A’LI IMRAN 139<


Dalam ujian yang mendatang terima kasih pada sahabat yg telah memberi semangat dan membantu ana yang lemah ini.. DOA PARA PEMBACA AMATLAH BERHARGA BUAT ANA..Sekian sahaja dari ana..


يَا مُقَلِّبَ الْقُلُبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ


WAHAI TUHAN YANG MEMBOLAK-BALIKKAN HATI, TETAPKANLAH HATIKU DI JALAN AGAMA DAN KETAATAN KEPADA-MU

Friday, January 21, 2011

LAYAKKAH KAMI MENJADI UMAT MU



            Assalamualaikum para pembaca sekalian.. Bertepatan tajuk post kali ke-2 ini Ayuh sahabat sekalian kita berselawat ke atas nabi kita Muhammad S.A.W >"اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ"<.. ALLAHUAKBAR kita selawat sekali je, sahabat sekalian tahukan 10 kebajikan dicatat buat kita tanpa guna tenaga dan tanpa duit kita berkurang (free je, kita kan suka ape yg free.. kalau ke mana2 nampak je label "FREE" berpusu-pusu datang) jadi tidak percaya ke kita pada sabda Rasulullah S.A.W "Sesiapa di kalangan umatku yang berselawat sekali ke atasku, Allah SWT akan tulis 10 kebajikan." Maha Suci Allah, malas lagi kah kita? hebat sangat kah kita sekarang? sedangkan dalam Al-Quran Allah bagi tahu pada kita semua "Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya." (Surah al-Ahzab ayat 56).. malu nya ana..ALLAH dan Malaikat pun berselawat untuk nabi. Sedarlah kita ni UMMAT MUHAMMAD, kita kata kita nak syafaat dari Rasulullah S.A.W, tapi setakat mana kita ingat pada Rasulullah? (kita kata "x dek masa lah" tapi masa untuk menghadap facebook,mengumpat,berborak,berjalan-jalan dan yang mazmumah tuh ade je ruang kan) Ana mengingati diri ana yang kerdil ini jua.. 


          Tahukah kita dalam riwayat sebuah hadis di kisahkan, Ketika baginda duduk berkumpul dengan para sahabat, baginda bertanya kepada para sahabat "Wahai sahabatku siapakah hamba ALLAH yang Mulia disisi ALLAH?" para sahabat terdiam, lalu ada seorang menjawab "para Malaikat Ya Rasulullah" baginda berkata "Ya.. para Malaikat itu mulia, mereka dekat dengan Allah dan sentiasa taat dan beribadat pada ALLAH, tapi bukan itu yang ku maksudkan".. Lalu ada yang berkata "tentulah para Nabi" baginda tersenyum, lalu berkata "Ya.. para Nabi itu mulia, mereka adalah utusan ALLAH di muka bumi ini, bagaimana mereka tidak mulia.. ya mereka mulia, tapi ada lagi yang lain nya".. para sahabat terdiam dan tertanya-tanya siapa lagikah orang yang mulia, hingga ada seorang sahabat berkata "Ya Rasulullah, adakah kami sahabat mu ya Rasulullah yang mulia itu?" baginda memandang satu persatu wajah para sahabat dan baginda tersenyum lalu berkata "tentulah kalian mulia, kalian dekat dengan ku dan membantu perjuangan ku, kalian memang mulia" para sahabat tidak mampu lagi berkata.. Tiba-tiba baginda nabi Muhammad S.A.W menundukkan wajahnya...... bayangkan baginda menangis depan para sahabatnya..... mereka bertanya "kenapa engkau menangis YA Rasulullah?" bayangkan baginda mengangkat wajahnya yang mana air mata baginda mengalir dipipi dan membasahi janggutnya..... baginda berkata "wahai sahabatku tahukah kalian siapa yang mulia itu? Mereka ialah Manusia-manusia yang akan lahir jauh dari setelah wafat ku nanti.. Mereka MENCINTAI ALLAH dan tahukah kalian mereka TAK PERNAH MEMANDANG WAJAH KU, TAK HIDUP DENGAN AKU seperti kalian tapi mereka begitu RINDU KEPADA KU dan saksikan lah wahai para sahabatku AKU PUN RINDU KEPADA MEREKA! merekalah UMMAT KU!!! Bayangkan sahabat ku sekalian disaat itu baginda meniniskan air mata dan para sahabat semua nya menangis.... Lihat lah hebat nya baginda ingat pada kita malah RINDU PADA KITA...
               AYUH! Sahabat ku bersaama tanya pada diri kata SUDAH BERAPA LAMAKAH KITA LALAI? SUDAHKAH KITA MENCINTAI RASULULLAH? SUDAHKAH ADA AIR MATA KITA YANG MENITIS KERANA RINDU PADANYA?... MAKA SAAT INI ANA DENGAN RASA RENDAH DIRI MENGAJAK SAHABAT2 SEKALIAN AYUH! BERSAMA KITA LETAKKAN CINTA PADA RASULULLAH dalam hati kita.... Sekian sahaja salah silap maaf kan ana..

Thursday, January 20, 2011

AHLAN WA SAHLAN

Dengan lafaz  BISMILLAHIRAHMANIRAHIM kalam bermula..Syukran kepada sahabat ana (Nur Atiqah Azmi) yang sudi membantu membuat blog ini (sampai pantau ana pukul 1.30a.m hihi JAZAKILLAH YA SOHABATI) .. Tak tau nak cakap ape sebenarnya sebab biasa tulis bukan untuk tatapan umum, cuma untuk tatapan sendiri dan sahabat-sahabat yang bertuah hihi.. Ana pun tak pandai untuk membuatkan coretan dengan baik.. Jadi di alu-alukan pada sahabat-sahabat yang menziarahi blog ana untuk memberi pandangan.. Ana akan gunakan medium ini sebagai medium perkongsian ilmu dan muhasabah diri kita bersama INSYAALLAH.... Mudahan dengan medium ini ISLAM SEMAKIN TERJULANG.. Teringat kata-kata "BILAKAH KITA SEMUA SATU HATI? BILAKAH LAGI ISLAM KAN DIJULANG TINGGI? BERSAMALAH MENENTANG KEZALIMAN, OH INSAN SEDARLAH, BANGUN LAH UMAT KITA SATU HATI, JANGAN TAKUT! BERJUANG LAH UNTUK KEAMANAN".. Sungguh menusuk ke hati kata-kata ni, ALLAHUAKBAR sedarkah kita, bahawasanya kita semua UMAT ISLAM?? sahabat-sahabat sekalian dimanakah kita? adakah kita hanya sibuk mencari kebendaan dan keduniaan sahaja tanpa ingat kita ini khalifah yang diciptakan untuk mengabdikan diri pada ALLAH dan sebagai pentadbir bumi ini.. Ingatlah ALLAH lah juga yang memberikan kita segala kenikmatan pada tiap saat kepada kita (jangan sesekali sombong pada NYA)... Ramai ummat Islam sekarang  berpusu-pusu mengejar sekeping IJAZAH next MASTER next PHD.. Ana sesekali tidak menyatakan salah tapi sedarkah kita banyak ummat Islam yang tersungkur ketika sibuk mengejar sekeping sijil ini.. Sebagai contoh : 1.Lupa pada ALLAH, ketika sibuk mengejar kelas ade yang melengahkan solat malah ade yang langsung tidak bersolat (Peruntukan 24JAM sungguh mencukupi jika kita bijak menggunakannya) 2.Lupa pada Rasulullah, ketika sibuk membuat assigment kita langsung tidak berselawat kepada Baginda, sedangkan kita mahukan syafaatnya kelak(Sedangkan tak habiskan duit 1sen pun bila kita berselawat) 3.Lupa pada ibu bapa, ibubapa yang banyak berkorban untuk membesarkan kita hingga sebesar ini, sedangkan kita ini yang bertanggungjawab untuk bertanya khabar kpd mereka (Malukah kita untuk menekan key pad phone untuk call atau mesej pada mereka, mereka yang setiap hari rindukan kita).. huh baru sedar :-p laju pulak menaip nye... ape pun segala nya dari NYA.. SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR) sekian sahaja buat kali ini..