Tuesday, October 23, 2012

S.I.A.P.A P.E.M.I.L.I.K C.I.N.T.A =)

بسم الله الرحمن الرحيم

Apa khabar iman teman-teman ku sekalian? Mudahan sentiasa terjaga iman kita. Jom kita selawat jab :) اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد Alhamdulillah moga bertambah cinta kita kepada kekasih kita.

Hihi apa kes pula ber”taman” hati nie nak update bab CINTA nie.. huhu tak tau lah^^, senyum tak perlu kata apa-apa.. Fitrah manusia ada rasa cinta (semua tau tu huhu saja nak cakap)

Teman-teman, tidak lah ana ini arif mengenai soal cinta. Cuma berkongsi sekadar sahaja =) moga bermanfaat buat diri ana dan teman pembaca. Ana suka kata-kata ni :

CINTA kan bunga, bungakan LAYU,
CINTA kan manusia, manusiakan MATI,
CINTA kan Allah, Allah KEKAL ABADI..

    
Allahuakbar, berapa ramai dikalangan kita ini teman-teman yang meletakkan CINTA kepada Allah itu cinta yang utama. Walaupun bila ditanya di kem-kem, di seminar motivasi dan di surau-surau “Siapa yang kalian sayang sekali?” masing-masing bersahutan menyebut “ALLAH”, “Selepas itu siapa ya?” jawapan yang menyejuk hati “Nabi kita Rasulullah”, “Lagi-lagi siapa ya?” jeritan yakin “Umi dan Abah”.. Alhamdulillah =) tapi teman bagaimana hakikatnya di dalam kehidupan kita ye?
                              
Ramai dikalangan kita meletakkan cintanya pada “si dia”, hingga banyak masa diluang bersama, gembira bersua, hilang dimata bertemu diruang muka buku pula, hilang dimuka buku sambung pula di handphone.. Masyaallah akrab sungguh hubungan itu (huhu ana tak dengki pun, hihi cuma jelous je hihi x dek lah).. Apabila cinta (hah teringat pula puisi ayatul husna, jom try sekali berpuisi hihi)

“cinta adalah KEKUATAN yang mampu
mengubah duri jadi MAWAR,
mengubah cuka jadi ANGGUR,
mengubah sedih jadi RIANG,
mengubah amarah jadi RAMAH,
mengubah musibah jadi MUHIBBAH,
itu lah cinta”

apa kata Anna Atafonnisa’ pula ye tentang CINTA

“sekalipun cinta telah ku uraikan, dan ku jelaskan panjang lebar,
namun jika cinta ku datangi, aku jadi MALU pada keterangan ku sendiri,
meskipun lidah ku telah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih TERANG,
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya,
kata-kata pecah berkeping-keping, begitu sampai kepada cinta,
dalam mengurai cinta akal berbaring TAK BERDAYA,
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur,
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan pencintaan..”

Huh begitulah hebatnya kuasa cinta.. Tapi teman-teman dalam cinta akan “si dia” sering kali kita lupa pada DIA, diri kita semakin jauh dari DIA, sedangkan DIA yang beri kita rasa cinta itu. Saat itu lah kita ini semakin hari semakin lupakan DIA, hingga satu ketika kita di tinggalkan “si dia” atau “si dia” punya yang lebih baik dari kita, sewaktu itu lah kita terduduk menangis hiba akan kesilapan lalu. Barulah kita rasa, begitu lah rasanya DIA bila kita melukai DIA, sedangkan sepanjang kita melukai DIA, DIA tidak mengurangkan sedikit pun kurniaan nikmat kepada kita...

Emm kejam tak kita ye teman-teman? Saat pabila kita berikan sesuatu yang berharga kepada seseorang yang kita kasihi tetapi di hadapan kita terus orang yang kita kasihi itu buang ke dalam tong sampah hadiah yang kita berikan (kalo ana berkecai hati, pecah rasa hati). Begitulah teman-teman dalam kita melayari alam pencintaan jangan alpa pada DIA, DIA yang berikan kita bernafas, bergerak bangun dari tidur, dan segalanya DIA yang beri walaupun kita sering melupakanNYA..

Dalam bercinta pasti ada dugaan yang dilalui, kadang ada teman ana yang bercinta sakan tetapi tub tub “si dia” tinggalkan dia, ada pula teman ana yang bercinta dan nak menjadi pasangan yang bahagia dan sah tub tub family tak bagi, ada jenis pula “si dia” suka benar kat teman ana tub tub huhu syok sendiri rupanya, ada pula yang familay izin kahwin tetapi tiada calon pula, ada pula yang saling memendam rasa Masyaallah tetapi keturunan keluarga membatasi cinta itu.... Itu lah pelbagai ujian dalam bercinta..

Suatu malam ana bersembang dengan sahabat di sebuah cafe di IIUM Kuantan sambil dinner bersama, sembang kami menyentuh pelbagai aspek hingga yang bikin panas (hihi tak dek lah biasa-biasa sahaja) mengenai alam perkahwinan, aku membuka bicara mengenai ini dengan mengatakan “sahabat, kini dah macam habit semua orang mahu kahwin awalkan, dulu zaman mak ayah kita je, yang kita tahu mereka kahwin di usia yang awal, tapi kini zaman kita nie, makin ramai pula berebut kahwin awal akhir-akhir ini, kenapa yek?” (cuba mendengar pandangan bernas beliau yang genius), bak kata dari ibunya “kini zaman ini semua dah senang kebanyakanya tidak perlu dah si anak membantu si ibu ayah mencari kewangan untuk tampung keluarga, jadi si anak diizinkan berkahwin, kalau dahulu zaman sebelum tiba-tiba habit kahwin awal ini menjadi fenomena, rata-rata hidup susah, jadi si anak-anak perlu bertungkus lumus cari kewangan untuk bantu mak ayah dan tampung adik-adik yang masih berlajar” huh bila si pakar dentist ini berkata-kata alahai semacam boleh mengubat hati-hati pesakit yang berpenyakit hihi Insyaallah teman, ana doa kan enti =) Bila di fikirkan ada betulnya pandangan itu, kadang-kadang majlis walimah besar-besaran, top gituh sedangkan si anak tidak bekerja lagi, rupanya totally family tanggung urusan majlis walimah.

Teman-teman juga khas buat diri ku, cintai lah ALLAH yang satu.. Gembira, Sedih, Suka Dan Duka kita kongsilah dengan DIA.. Jangan lupa juga cintai ummi dan abah kita, tanpa mereka siapa lah kita ini, Subhanaallah, apabila aku kian meningkat dewasa aku baru tersedar Ya Allah aku dari kecil hingga kini banyak susah kan ummi dan abah, kini aku berusaha untuk membahagiakan mereka, mahu melihat air mata mereka mengalir kerna gembira melihat kejayaan ku.. Nak pilih pasangan juga minta lah nasihat dan restu mereka, mereka lebih arif mengenai kita.. Teringat pula lagu lafaz sakinah,, lagu ini kadang ana lihat ramai yang pasang sekadar suka-suka, tapi bagi ana yang kerdil ini, lagu ini juga mendalam makna liriknya.. Ibarat kata hati dari seorang abah kepada anaknya yang disayangi :'(. . 



Apa pun sama-sama kita ingat pesan Rasulullah dalam hadisnya :

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ حَكِيمٍ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ عَنْ سَعِيدِ بْنِ أَبِي سَعِيدٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تُنْكَحُ النِّسَاءُ لِأَرْبَعٍ لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَلِجَمَالِهَا وَلِدِينِهَا فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ
"Wanita dinikahi karena empat faktor. Karena hartanya, nasabnya, kecantikannya, dan karena agamanya. Maka, menangkanlah wanita yang mempunyai agama, engkau akan beruntung"

Teman-teman huhu pesan ana pada yang syok ber’couple’ tu cepat-cepatlah buat kad jemputan, jemput ana hihi ^^, pada yang tidak ada pasangan lagi tu cari-carilah ye hihi, yang selamat ke alam baitul muslim. Masyaallah ana berbangga dengan kalian semua, moga berbahagia, yang zauj jaga hati zaujah baik-baik (huhu hawa cepat sensitif), yang zaujah jaga sebaiknya hak yang perlu zauj antuna dapat, berbahagialah hingga ke destinasi abadi mudahan si zaujah menjadi ketua bidadari di jannah melayani si zauj yang soleh. Insyaallah...


IMAMKU,
siapa dirimu tidak ku tahu,
walau dimana keberadaan mu,
hanya satu yang aku perlu,
bersedialah kamu menjadi imamku,

IMAMKU,
tidak ku pinta segunung permata,
tidak ku mahu berlian di mata,
cukuplah hanya imanmu didada,
untuk membawaku ke syurga bahgia,

IMAMKU,
ingin ku titip sedikit ingatan,
supaya dapat dibuat pedoman,
jadikan al -quran sebagai teman,
supaya kelak menjadi habuan,

IMAMKU,
aku bukan sehebat KHADIJAH,
bukan juga setabah SARAH,
tidak pula sekental SUMAYYAH,
namun hati mahu setia sepertinya FATIMAH,

IMAMKU,
tidak ku pinta PUTRA KAYANGAN,
bukan pula RAJA HARTAWAN,
hanya satu menjadi kemahuan,
cukuplah AGAMA menjadi tunjang,
(sajak ini di copy dan di paste)

Thursday, October 4, 2012

Enta Muslim kan (^_^)


بسم الله الرحمن الرحيم

       Alhamdulillah masih diberikan kesempatan dan kelapangan untuk berkongsi disini walaupun masih dalam fitrah imtihan =) Allahuakbar, indahnya Islam punyai hari utama yang berbeza dari hari lain di sebut sebagai ‘sayyidul aiyyam’ penghulu segala hari iaitu hari Jumaat. 


            Subhanaallah, ana bersyukur ditetapkan Allah belajar di bumi KUSZA (opss tu nama dahulu kala, zaman kegemilangan hihi) bakpo ana bersyukur? antaranya sebab Terengganu adalah negeri yang cuti minggunya adalah hari Jumaat (jadi x dek lah masalah x ingat hari jumaat hihi sebab biaselah hujung minggu amatlah dinanti oleh semua golongan dari kanak-kanak PASti => adik-adik sekolah => mahasiwa/i => makcik tukang sapu sampah => pakcik driver bas sekolah=> staff kerajaan).

                Kembali kepada tajuk huhu "Enta Muslim kan?", sukalah ana nak habaq mai kat kaum-kaum adam yang dimuliakan Allah, diberi kekuatan+kelebihan lebih dari kaum hawa jadi manfaatinya dengan sebaek nye. Antara kelebihannya Allah minta kaum adam solat jumaat 2 rakaat je, "bro, jom solat sikit je" (bab kata Sham Kamikaze sewaktu kuliah nya semalam di Musolla Saodah). So bro 2 rakat je, Allah sayang kat kita tak susahkan, sewajarnya Solat Jumaat 2 rakaat + 4 rakaat lagi Solat Zohor TOTAL 6 rakaat, tapi DIA sayang kat bro-bro sekalian 2 rakaat je di fardhukan=)

                     Ana teringat satu peristiwa sewaktu membantu ummi berniaga di bandar Jerantut, kisah seorang jejaka (huhu jejaka ke yek? x pe lah nak habaq mai kaum adam lah senang). Si jejaka nie berniaga burger+rokok dihadapan kedai ummi berada seberang jalan dibawah sepohon pokok, si jejaka ini mengenakan baju melayu+kain pelekat+kopiah (tidak seperti pakaian hari biasa) Alhamdulillah, terdetik di hati walaupun seperti pemuda-pemuda dijalanan tetapi masih still tahu hari Jumaat dan berpakaian mengikut sunnah ^^, Detik demi detik berlalu, minit ke minit, melihat si jejaka melayan pelanggan yang menaiki kereta dengan gaya seorang bos menghonkan kenderaan dan menunjukkan 1, si jejaka terus membawa sekotak rokok dan menghulurkan dari cermin kereta tidak kurang juga motor-motor yang berhenti seketika, mungkin perjalanan ke masjid berhenti bagi mendapatkan sekotak rokok (huhu ana x tau lah bro-bro kalo merokok kat masjid tu port mane kan kat dalam masjid tengah pak imam bagi khutbah ke kat luar atas motor ke kan)

                       Mungkin gembira si jejaka dalam 30 minit sahaja bergerak laju stok rokoknya di sebuah rak kayu kecil...... Minit ke minit berlalu hinggalah azan kedengaran dicorong radio sebuah kedai berdekatan (alamak x bergerak pula dia menutup gerainya itu) Allahuakbar terdetik nak pi tanya si jejaka "Enta Muslim kan?"... emmm namun ana simpan hasrat itu macam tak sewajarnya ana seorang muslimah mahu menyapa dia yang tidak ku kenali. Hingga jalan sesak kembali dengan kenderaan yang baru keluar dari masjid tetapi si pemuda masih berada disitu tanpa segan silu sudah terlepas untuk solat jumaat.


Terdetik dihatiku......
Wahai kaum Adam! sekalian susah ke ye nak ke masjid? (perlukah kalian menghabiskan beratus-ratus duit untuk ke masjid), 

Wahai pemuda! adakah kalian perlu membayar kepada tok imam yang menyampaikan khutbah di mimbar masjid? (berapa ribu upah kepada tok imam yang kalian perlu berikan?

Wahai muslimin! adakah kalian terlupa disaat kalian berada di masjid itu ada part yang bila berdoa maka mustajab doa kalian? (ummi ana jika ada hajat yang besar selalu menyampaikan pesanan kepada abang ku supaya doakan ketika tiba masa mustajab tersebut. so, kalian muslimin Allahuakbar, kalian sangat beruntung)

Wahai syabab! adakah kalian berhabis tenaga berdiri atau berpanas untuk mendengar kata-kata tok khatib berdiri di mimbar? (enta bertuah, ana muslimat ni nak dengar tazkirah live tiap minggu secara percuma atau secara berhadapan dengan para alim punya lah susah kena fikir nak naik apa, nak pergi dengan siapa, dan pelbagai lagi, tapi kalian Subhanaallah sudah terhidang di depan mata tiap minggu, manfaati lah)


Subhanaallah jika semua muslimin Malaysia berkumpul untuk solat jumaat sebegini ramai nescaya aman Malaysia


            Maaf mungkin ada bro-bro yang tak tahu tentang kewajiban solat jumaat pada bro sekalian, meh ana bagitau disini. Bro sekalian, kewajipan mendirikan solat jumaat telah dijelaskan dalam Surah Al-Jumu'ah ayat 9, Allah berfirman :

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu), yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)".
Rasulullah S.A.W. juga ada kata:
"Menghadirkan solat jumaat itu adalah kewajipan setiap orang yang telah cukup umur baligh" - (Riwayat An-Nasa'i)
                         Apa yang merunsingkan ana dan siapa yang cakna akan fenomena ini, akhir-akhir ini semakin bertambah bilangan orang yang tidak menunaikan solat Jumaat. Allah telah mewajibkan setiap umat Islam untuk menunaikan solat-solat tertentu secara harian dan mingguan sebagai fardhu ain yang mesti dilaksanakan demi membangun sifat-sifat kemanusiaan yang baik dan utuh dalam jiwa mereka. 
                  Belum kalian chek list sah atau tidak solat jumaat kalian, sebab apa ana berkata begitu, ini kerana ana melihat sendiri dengan nikmat mata yang Allah beri, apabila azan sudah berkumandang tok imam memulakan khutbah pertama, tapi kalian masih berada di pasaraya sibuk seperti kaum hawa membeli barang, juga tidak kurang yang masih dikedai makan menjamu selera, dan juga yang berada di jalanraya untuk ke masjid. Masyaallah, solat jumaat bukan setahun sekali untuk kalian tidak bijak budget masa bergerak ke masjid, disalah kan jalan jem (patut kalian salahkan diri kalian yang men"jem"kan masa kalian tidak mahu bergerak awal ke mesjid.
                    Begitulah syabab, kalian jangan lupa firman Allah :
Para lelaki adalah qawwamun (pelindung) kepada wanita.” (Surah al-Nisa, ayat 34)
                Akhir kata dari ana yang serba dhoif ini, ana tidak marah pada kalian semua cuma sekadar renungan buat ana berkongsi dengan kalian. Bersyukurlah kita pelbagai nikmat DIA bagi pada kita, sihat tubuh badah, diberi mata untuk melihat, diberi kaki untuk berjalan. Allahuakbar andai DIA tarik satu nikmat itu adakah kita wajar untuk marah padaNYA sedangkan tiap detik yang DIA beri kita tidak menggunakan nikmatnya dengan sebaiknya..                         اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ الْعَظِیْمَ   


                  Khas buat kalian yang sudi membaca =) Fahami+ Hayati tiap bait kata di dalamnya (^_^)


5:00 AM Waking up for Fajr 
Got to make Wudu, 
Got to pray my Sunnah got to make Ghusl, 
Got to clip my nails looking outside, 
The sun is rising up in the sky Everybody's rushing 
Got to get down to the masjid 
Got to say "Salam!" to the Imam

Sitting in the first Saff (row), 
Chilling in the back Saff (row) 
Got to make my mind up... 
Do what the prophet did!

It's Jumuah! Jumuah! 
Got to make dhikr on Jumuah 
Everybody's looking forward to 
His mercy, mercy Jumuah! Jumuah! 
Got to make dhikr on Jumuah 
Everybody's looking forward to the Ajr
Miswaking!, Miswaking!  Miswaking!, Miswaking!  
Pray, Pray , Pray, Pray 
Got to read Surat Al-Kahf

12:45 the Imam's on the minbar
Talking about something like "Fiqh Az-Zakat" 
They're whispering, chatting from the crowd
Don't they know that it's haram 
I stand up,you stand up
Prayer's about to start
 "Qad, Qaamat es-Salaah" 
Foot to foot! shoulder to shoulder! 
Just don't step on me!

Sitting in the first Saff (row)
Chilling in the back Saff (row) 
Got to make my mind up... 
Do what the prophet did!

It's Jumuah! Jumuah! 
Got to make dhikr on Jumuah 
Everybody's looking forward to 
His mercy, mercy Jumuah! Jumuah! 
Got to make dhikr on Jumuah 
Everybody's looking forward to the Ajr 
Miswaking!, Miswaking!  Miswaking!, Miswaking!  
Pray , Pray, Pray , Pray 
Got to read Surat Al-Kahf

It's Jumuah Jumuah 
Got to make dhikr on Jumuah 
Everybody's looking forward to 
His mercy,mercy Jumuah! Jumuah! 
Got to make dhikr on Jumuah, 
Everybody's looking forward to His mercy