Saturday, February 26, 2011

Kisah Balang Kaca

Seorang pensyarah di Kolej Safir yang bernama Dr. Izwan kelihatan sudah bersedia memulakan kelas falsafah beliau. Suasana di dewan kuliah sunyi sepi dan para pelajar nampaknya sudah bersedia mendengar syarahan daripada Dr. Izwan.
Kelihatan di atas meja Dr. Izwan terdapat sebuah balang kaca yang besar dan secawan air kopi yang sungguh harum aromanya. Tanpa berkata apa-apa, Dr. Izwan meletakkan beberapa biji bola golf ke dalam balang kaca tersebut sehingga penuh. Kemudian, Dr. Izwan bertanya, "Wahai para pelajarku, adakah balang kaca ini sudah penuh?"
Para pelajarnya menjawab, "Ya, balang kaca itu sudah penuh."
Kemudian, Dr Izwan memasukkan beberapa biji manik ke dalam balang tersebut dan menggoncangkannya. Manik-manik tersebut mengisi ruang-ruang kosong di celah-celah bola golf di dalam balang tersebut. Dr. Izwan bertanya lagi, "Wahai para pelajarku, adakah balang kaca ini sudah penuh?"
"Ya," jawab para pelajarnya.
Kemudian, Dr. Izwan mengisi pula balang tersebut dengan pasir pula. Dengan mudah pasir-pasir tersebut mengisi ruang-ruang yang masih ada di dalam balang kaca tersebut. Dr. Izwan tanpa segan silu bertanya lagi, "Wahai para pelajarku, adakah balang kaca ini sudah penuh?"
"Ya," jawab para pelajarnya yang nampaknya agak keliru dan terasa seperti diperbodohkan.
Kemudian, dengan yakin Dr. Izwan mengisi balang kaca tersebut dengan air kopinya. Kedengaran suara seperti orang ketawa kecil. Suasana di dalam dewan kuliah mula hingar-bingar seketika. Dr. Izwan sambil tersenyum sinis bertanya, "Adakah balang kaca ini sudah penuh?"
Para pelajarnya menjawab, "Ya, sudah penuh."
Seorang pelajar Dr. Izwan mengangkat tangan sambil bangun dan bertanya, "Kenapakah Dr. Izwan berbuat demikian?"
"Baiklah saya akan terangkan sebabnya... balang kaca ini melambangkan kehidupan kita semua. Bola golf itu pula melambang perkara-perkara yang paling penting yang perlu diisi ke dalam kehidupan kamu seperti agama kamu, amal ibadah, pelajaran, ibu bapa, keluarga dan sekiranya tiada perkara lain pun kehidupan kamu tetap juga penuh. Manik-manik kecil itu pula umpama perkara-perkara keperluan kamu seperti rumah, kereta, pangkat dan sebagainya. Begitu juga pasir tersebut melambangkan perkara-perkara kecil yang lain dalam kehidupan kamu," jawab Dr. Izwan dengan yakin dan gayanya yang tersendiri.
"Cuba kamu bayangkan jika balang kaca tersebut diisi bermula dengan pasir, sudah tentu ruang untuk bola golf dan manik amat terbatas. Begitulah juga kehidupan, jika kita hanya menghabiskan tenaga dan masa hanya kepada perkara kecil dan remeh... pasti dan pasti kita tiada lagi ruang masa dan tenaga untuk perkara-perkara yang penting dan bermanfaat," Dr. Izwan menyambung.
Tiba-tiba seorang pelajarnya bertanya, "Habis... air kopi tu melambang apa pula?"
Sambil tersenyum Dr. Izwan menjawab, "Walau sesibuk mana pun kamu semua, ketahuilah bahawa kamu masih lagi punya waktu untuk minum secawan kopi bersama ibu bapamu."
Wahai kawan-kawanku sekalian... jika kita berasa kehidupan ini terlalu banyak perkara yang perlu diuruskan sehingga anda merasakan masa selama 24 jam itu tidak cukup... sebenarnya kita silap!
Berfikirlah dengan akal berpandukan Iman di dalam hati... tentukan yang mana satukah prioriti. Jangan lupa fahami sedalam-dalamnya tafsiran surah Al-'Asr!

Tuesday, February 15, 2011

BICARA HATI BUAT KEKASIH KU

          Assalamualaikum kepada sahabat yang ku kasihi dan para pembaca sekalian… Hati ini sayu,pilu,sedih dan terharu hari ini apa yang ana boleh ucapkan  “Selamat hari lahir kekasih ku”… Kekasih ku, ketahuilah  aku amat merindui dirimu, walaupun hari ini penuh dengan aktiviti sambutan semperna hari lahirMu diadakan dan aku ditaklifkan menjadi salah satu tenaga bagi menjalankan sambutan hari kelahiranMu di kampus ku. Insyaallah akan berakhir malam ini.. Disaat berkejar-kejar menguruskan program, hati aku tetap tidak berganjak mengingati dan sempat membayangkan jerih payahMu berkorban untuk aku dan jua semua ummat dunia ini..
Rinduku ya Rasulullah
Padamu ya Habibullah
Walau tak pernah bersua
Cintaku tetap membara
          Wahai kekasihku, aku tidak pernah menatap wajahMu.. aku tidak pernah mendengar suaraMu, dan aku jua tidak pernah berada di sisiMu.. aku memohon pada ALLAH yang satu agar ketemuikan aku dengan mu kelak.. Kekasihku.. walaupun Engkau telah tiada di bumi ini, ketahuilah ummat mu masih ramai yang meneruskan rantai perjuanganMu, dan aku jua ingin mengakhirkan nafasku dalam medan memperjuangkan Islam yang Engkau bawa buat ku jua semua..
Rinduku ya Rasulullah
Padamu ya Habibullah
Engkaulah buah hatiku
Engkaulah kekasih Allah
      
         Wahai kekasih ku, salah satu imbauan ku buatMu ialah ketika khubah terakhir yang Engkau telah sampaikan, hati ku menangis mengenangkan manisnya setiap ungkap kata mu… wahai kekasihku, walaupun aku tiada didalam himpunan itu, tetapi Allah telah meletakkan dalam diriku satu rasa yang cukup-cukup istimewa seolah-olah aku ada ketika itu….. Mengalir dengan deras air mata ku ketika rasa ini hadir dalam hatiku… Antara ungkap kata mu buat semua ummatMU ketika di lembah gunung arafah pada 9 Zulhijjah 10 Hijrah ialah

Wahai Manusia,
Dengarkanlah baik-baik apa yang hendak ku sampaikan dan katakan, aku tidak mengetahui apakah aku akan dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.
Oleh itu, dengarkanlah dengan teliti kata-kata ku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak hadir disini pada hari ini.

Allahuakbar ketika itu para sahabat berasa ada sesuatu akan berlaku..

Wahai Manusia,
Sepertimana kamu menganggap pada bulan ini dan kota ini suci, maka anggaplah bahawa jiwa dan harta setiap orang muslim itu sebagai amanah yang suci. Kembalikanlah harta-harta kamu yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Janganlah kamu menyakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah sesungguhnya kamu akan menemui tuhan kamu, dan Dia pasti akan membuat perhitungan di atas amalan-amalan kamu.
Allah S.W.T telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba adalah terbatal melalui sekarang.
Berwaspadalah kamu terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu, dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara yang besar, maka berjaga-jagalah kamu agar tidak mengikutinya dalam perkara-perkara yang kecil.

Semua terdiam dan merenung setiap kalimatMu..

Wahai Manusia,
Sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu, maka mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk mendapat makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah kamu terhadap mereka, kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia.
Hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan di larang melakukan zina.

Sungguh bermakna pesanan mu buat ummatMu

Wahai manusia,
Dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat-zakat dari harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu.
Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah bersaudara kepada muslim yang lain dan tidak seorang pun dari kamu lebih mulia daripada yang lain kecuali di dalam soal taqwa dan amal soleh.
Ingatlah bahawa kamu akan menghadap dan menemui Allah S.W.T pada satu hari kelak untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan.
Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaan ku.

Saat ini ada hati yang merasa sayu

Wahai manusia,
Tidak ada Nabi dan Rasul yang akan diutuskan selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang mana sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Subhanallah semua yang hadir teresak-esak menangis, kerana mereka ketahui KEKASIHKU AKAN PERGI BUAT SELAMANYA..

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikanya pula kepada orang lain, dan hendaklah orang itu pula menyampaikannya kepada orang lain, semoga yang terakhir itu lebih memahami dan menghayati kata-kataku daripada mereka yang mendengar terus dariku.
Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMu……………

           Buat pembaca blog ini. ketika ini ana minta satu sahaja pada kalian “letakkan dalam dirimu kasih kepada RASULALLAH selamanya” kerana kelak kita akan mendapat syafaat dari Nya jua.. walau tinggi mana pangkatmu, jawatanmu, ilmu kamu, harta kamu dan kehebatanmu Ingat lah satu masa kamu akan meninggalkan semuanya itu….. Amalan ana dan jua kalian lah akan menjadi bekalan buat kehidupan di alam seterusnya.. Sekian sahaja dari ana, Allah lah yang lebih mengetahui apa yang sebenarnya….

Friday, February 4, 2011

ADAKAH MASANYA SUDAH HAMPIR?

Assalamualaikum sahabat semua.. Ana sekadar nak berkongsi.. Pada hari Rabu 020211, selepas sahaja ana makan malam, ana terasa kembali sakit seperti sebelum ini... ana di rumah abang sulong di KL,setelah muntah-muntah dan sakit di perut, ummi ana menyarankan agar ana di bawa ke klinik (x nak pun pergi, bukan takut doktor or ubat, tapi sebab dah ada bekalan ubat dari klinik unisza :-) cuma dah makan tapi tetap sakit juga), jadi ana pun pergi lah ke klinik (pusat rawatan jamilah).. ingat kan doktor wanita rupe nye lelaki (munkin doktor jamilah out station kot, tu ganti dgn doktor jamil)..

Setelah di beri nasihat (x chek langsung, just nasihat semata2) oleh dr.jamil, beliau pun berpesan "balik nanti pergi kat tok lebai", ana pun tercengang (dalam hati apa pasal pulak nak ke tok lebai kan dah ke klinik nie, barangkali lebih mujarab kot hihi), melihat reaksi muka ana, dr.jamil pun berkata "eh x tau ke kat mane?" (dalam hati berkata lg, ish.. mcm ne nak tau dah x bgtau lagi), dr.jamil pun menjawab soalan hati ana "lah bukak internet gi kat google hihi, x tau ke kan tok lebai tau macam-macam" (dalam hati berbisik "alah sempat lagi dr.jamil nie buat lawak dah lah tengah sakit sangat nie") ooo kalau tu ana tahu tapi ana panggil "TOK SHEIKH Google" hihi.. Macam2 lah doktor nie, sakit tetap sakit.. setelah nama di panggil untuk mengambil ubat, ana pun pergi ke kaunter bersama abang.. diberikan 3jenis ubat bersamaan RM95 tunai :-).. (syukran akhi, sekali sekala belanja adik ubat hihi).. setelah lama bertahan dari muntah, masuk je kereta ana muntah kembali (dalam plastik yg di bekalkan).. ummi terus suruh ana makan ubat tahan muntah.. 
Alhamdulillah terasa kurang sakit nya.. di sini ana sertakan sedikit hasil dari bantuan tok lebai :-)
Posted by [ProTaz]™ Uwais AlQorny AL-HAFIZ

SIMPTOM sakit atau senak perut tidak menjurus kepada gastrik semata-mata. Banyak penyakit lain yang membabitkan gejala sama tetapi punca berbeza seperti pedih ulu hati, batu dalam pundi hempedu, ulser perut serta radang pankreas. Sama ada individu terbabit diserang gastrik atau bukan, hanya dapat ditentukan selepas diagnosis. 
Pakar Perunding Bedah Pengkhususan Gastrousus dan Laporososkopik Lanjutan, Dr Abdul Fahmi A Karim, berkata masyarakat masih kurang memahami petanda gastrik sebaliknya memberi tanggapan sebarang kesakitan pada perut terutama ketika berpuasa adalah gejala awal penyakit ini. Katanya, gastrik atau nama perubatannya, gastrisis merujuk kepada inflamasi (radang) pada bahagian lapisan perut (mukosa) tetapi masalah lazim ini turut digunakan bagi menerangkan pelbagai gejala yang disebabkan inflamasi itu termasuk pedih ulu hati atau ketidakselesaan perut. 
"Sebelum menganggap diri diserang gastrik, individu harus mendapatkan pemeriksaan dan nasihat pakar bagi mengelakkan kemungkinan mereka menghidap penyakit lain yang lebih serius," katanya. Walaupun lapisan mukosa sentiasa beralkali dan melindungi bahagian terbabit daripada dirosakkan bahan memudaratkan seperti alkohol, ubat aspirin, makanan berasid dan pedas serta asap rokok. Apabila lapisan ini semakin terhakis, ia tidak mampu menjalankan tugas dengan baik hingga menimbulkan radang.

"Sakit lebih dirasai apabila berpuasa disebabkan peningkatan tahap asid dalam perut berikutan ketiadaan makanan. Asid sedia ada yang membantu mencerna makanan berkumpul pada bahagian terbabit bersama asid yang terhasil secara semula jadi berdasarkan tindak balas kimia.

"Apabila keadaan itu berlaku ditambah ketiadaan pelindung mukosa, radang boleh berlaku tanpa mengira waktu. Selain pengambilan ubat dan kemestian makan sahur bagi sumber tenaga, pesakit tidak digalakkan membayangkan keenakan makanan kerana imaginasi atau faktor psikologi ini mampu meningkatkan lagi keasidan perut," katanya. 
Penghasilan asid secara semula jadi boleh berlaku menerusi tiga fasa iaitu tindak balas kimia pada otak sebaik terbayang makanan, apabila makanan di dalam mulut serta ketika proses penghadaman.
Sementara itu, jangkitan bakteria dikenali sebagai helicobacter pylori (H pylori) juga antara penyebab gastrik. Ia mampu bertahan dalam keadaan perut berasid, malah jangka hayatnya juga panjang. Dianggarkan sejumlah 74 peratus pesakit yang mengalami ulser gastrik mempunyai jangkitan Hpylori. 

FAKTA
Simptom gastrik :
* Kesakitan semakin berkurangan atau bertambah apabila makan. 

* Pedih pada ulu hati atau bahagian atas perut. 

* Terasa loya. 
* Berat badan turun. 

* Terasa pedih, sakit seperti sengal atau lapar yang teruk pada perut antara satu hingga tiga jam selepas makan atau tengah malam. 

* Najis kehitaman atau berdarah (menunjukkan ulser sudah berdarah). 

* Kerap sendawa. 
Penyakit lain berkaitan sakit perut 

Pedih ulu hati - Masalah pedih ulu hati disebabkan beberapa faktor sama ada daripada ulser gastrik (perut) atau ulser duodenum yang boleh dikategorikan kepada jenis peptik. Ulser duodenum yang boleh dikategorikan kepada jenis ulser peptik. Selain itu, refluks esofigitis atau keadaan apabila pesakit terasa asid naik ke belakang mulut (kepanasan) juga membuatkan seseorang terasa loya, payau, sesak nafas dan batuk.
Batu dalam pundi hempedu - Boleh menyebabkan seseorang pedih padabahagian ulu hati. Punca hanya boleh diperoleh menerusi ujian ultra bunyi (Ultrasound) di perut, endoskopi, ujian darah dan pernafasan. Sakit semakin teruk apabila mengambil makanan berlemak kerana ia menyebabkan hempedu mengecut seterusnya menjadi kejang. Hampir 30 peratus menghidap batu hempedu tidak berasa sakit. 

Radang pankreas - Kesakitan pada bahagian ini boleh dianggap serius kerana ia memberi makna pankreas sudah rosak berikutan keracunan. Terlalu banyak alkohol antara punca yang membuatkan bahagian ini tersumbat atau rosak. 
Ulser perut - Terdapat tanda kemerah-merahan atau luka pada dindingmukoza. Jika dibiarkan tanpa rawatan segera, luka sedia ada menjadi bertambah teruk. Gejala ini juga boleh berlaku di bahagian usus kecil.

[Mudahan ana hanya sakit gastrik biasa sahaja dan akan sembuh, terima kasih banyak-banyak di atas saranan sahabat ana, agar ana pergi ke rawatan doktor pakar, ana rasa tidak perlu lah kerana ana telah mendapat kan rawatan di beberapa klinik dan hospital, sahabat sekalian "jika sudah sampai saat nya, tidak akan tercepat walau sesaat atau terlambat sesaat pun, ana tetap akan pergi jua".. terima kasih juga kepada para insan yang menyayangi diri ana, yang telah banyak membimbing ana, membantu ana ketika ana sakit jua yang mengambil berat, di sini juga ana ingin memohon keampunan kepada semua insan yang mengenali diri yang kerdil ini.. ana sedar pelbagai kesalahan ana telah lakukan kepada antum semua, maka ampunkan salah dan silah ana, ana hanya insan biasa yang tidak punya apa-apa] Andai benar sudah hampir saat nya, mudahan sakit ini adalah penyuci segala dosa yang telah ana lakukan.. Renungan bersama..
Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang Telah ditentukan waktunya. barang siapa menghendaki pahala dunia, niscaya kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barang siapa menghendaki pahala akhirat, kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat itu. dan kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur. ['Ali 'Imran 145]
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. dan Sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, Maka sungguh ia Telah beruntung. kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.['Ali 'Imran 185]
Dan dialah yang mempunyai kekuasaan tertinggi di atas semua hamba-Nya, dan diutus-Nya kepadamu malaikat-malaikat penjaga, sehingga apabila datang kematian kepada salah seorang di antara kamu, ia diwafatkan oleh malaikat-malaikat kami, dan malaikat- malaikat kami itu tidak melalaikan kewajibannya. [Al-An'am 61]

Tuesday, February 1, 2011

AKU YANG ENGKAU LUPA!

       
  "SAHABAT KU AMBIK MASA RENUNG DALAM DIRI KITA YE..."
Saat kau bangun pagi hari, AKU memandangmu dan berharap engkau akan berbicara kepada KU, walaupun hanya sepatah kata meminta pendapatKU atau bersyukur kepada KU atas sesuatu hal yang indah yang terjadi dalam hidupmu hari ini atau kemarin ……

Tetapi AKU melihat engkau begitu sibuk mempersiapkan diri untuk pergi kuliah… AKU kembali menanti saat engkau sedang bersiap, AKU tahu akan ada sedikit waktu bagimu untuk berhenti dan menyapaKU, tetapi engkau terlalu sibuk…


Disatu tempat, engkau duduk disebuah kursi selama 15 minit tanpa melakukan apapun. Kemudian AKU Melihat engkau menggerakkan kakimu. AKU berfikir engkau akan berbicara kepadaKU tetapi engkau berlari ke seorang teman untuk mendengarkan khabar terbaru.

AKU melihatmu ketika engkau pergi kuliah dan AKU menanti dengan sabar sepanjang hari. Dengan semua kegiatanmu AKU berfikir engkau terlalu sibuk mengucapkan sesuatu kepadaKU.
Sebelum makan siang AKU melihatmu memandang sekeliling, mungkin engkau merasa malu untuk berbicara kepadaKU, itulah sebabnya mengapa engkau tidak menundukkan kepalamu.
Engkau memandang tiga atau empat meja sekitarmu dan melihat beberapa temanmu berbicara dan menyebut namaKU dengan lembut sebelum menyantap rezeki yang AKU berikan, tetapi engkau tidak melakukannya… masih ada waktu yang tersisa dan AKU berharap engkau akan berbicara kepadaKU, meskipun saat engkau pulang ke bilik kelihatannya seakan-akan banyak hal yang harus kau kerjakan.

Setelah tugasmu selesai, engkau membuka laptop, engkau menghabiskan banyak waktu setiap hari didepannya, tanpa memikirkan apapun dan hanya menikmati laman sosial yg kau minati. Kembali AKU menanti dengan sabar saat engkau menonton cerita yang kau sukai sambil menikmati makananmu tetapi kembali kau tidak berbicara kepadaKU…
Saat tidur, KU pikir kau merasa terlalu lelah. Setelah mengucapkan selamat malam kepada kawanmu, kau melompat ketempat tidur dan tertidur tanpa sepatahpun namaKU, kau sebut. Engkau x menyedari bahwa AKU selalu hadir untukmu.

AKU telah bersabar lebih lama dari yang kau sedari. AKU bahkan ingin mengajarkan bagaimana bersabar terhadap orang lain. AKU sangat menyayangimu, setiap hari AKU menantikan sepatah kata, do’a, fikiran atau syukur dari hatimu.
Keesokan harinya… engkau bangun kembali dan kembali AKU menanti dengan penuh kasih bahwa hari ini kau akan memberiku sedikit waktu untuk menyapaKU...Tapi yang?? KU tunggu... tak kunjung tiba... tak juga kau menyapaKU.
Subuh… zuhur… Asar… Magrib… Isya' dan Subuh kembali, kau masih mengacuhkan AKU….. tak ada sepatah kata, tak ada seucap do’a, dan tak ada rasa, tak ada harapan dan keinginan untuk bersujud kepadaKU…

Apa salahKU padamu …… wahai UmmatKU??? Rezeki yang KU limpahkan, kesihatan yang KU berikan, harta yang KU relakan, makanan yang KU hidangkan, ibu bapa yang KUrahmatkan, apakah hal itu tidak membuatmu ingat kepadaKU…………!!!!!!!
Percayalah AKU selalu mengasihimu, dan AKU tetap berharap suatu saat engkau akan menyapa KU, memohon perlindungan KU, bersujud menghadap KU… Yang selalu menyertaimu setiap saat…

Sahabatku agak2 bila kita ingat sgt pada Allah yg cipta kita ye???
Ramai ingat pd DIA bila sakit mendatang, bila exam menjengah dan saat buntu dalam masalah, betul x sahabat ku? dan bila DIA dah bantu kita, kita ingat kejab je pada DIA.. lepas tu kita lalai.... TAPI SAHABAT KU ALLAH TETAP BAGI KITA MAKAN,MINUM, ALL NIKMAT NYA BUAT KITA TERUS BERJALAN KAN (tanpa ada sebarang bayaran di kenakan dan tanpa kenaikan harga)

 MAKA DI SINI ANA INGIN MENGAJAK DIRI SAHABAT2 SEKALIAN DAN PARA PEMBACA SEKALIAN, AYUH!!! KITA SEMATKAN DALAM DIRI CINTAI LAH ILLAHI... waallahua'lam..