Saturday, May 21, 2011

::TuNDuKKaN PaNDaNGaN KiTa Ye MoGa PeRoLeH BERKAT::

             Assalamualaikum buat sahabat2 pembaca sekalian kali ini (hihi setelah lame sampai bersawang blog) ana kongsikan faedah dari kita menundukkan pandangan kite. Kalo kat sekolah ana dulu selalu dok pringat tentang jage pandangan kite (muslimin mahupun muslimat), ana masih ingat saat2 manis bersame2 sahabat di SMKA TAHAP kebiasaan nya bila nampak je ramai kaum adam tentu x sanggup nak lalu, so sanggup bg mereka lalu dahulu atau pun pusing ikot jalan laen walaupun jauh dan kelas bakal bermule.

            Itu lah tarbiah, bile di kenang mengalir air mata, dulu ade org yg jage kite (nak tocher2 kite) bagi kite sedar ape yg kite buat salah, tp bile masuk alam kampus, err kalo silap jalan alamat x dek sape dah nak ambik tahu tentang akhlak kite, buat lah mcm mane pun (nak tunggang tebalik) x dek sape nak marah, Alhamdulillah, ana masih dalam linkungan penjagaan, ramai sahabat2 yg take care kan diri, jadi sahabat2 pembaca sekalian, kalo nak selamat cari lah sahabat yg baek yg sanggup tegur kite bile kite buat salah dan yg sanggup ade di saat kite sukar..

Masuk pada tajuk pulak yek -: Menundukkan pandangan mempunyai banyak sekali faedahnya, antaranya ialah:

1) Menunjukkan tanda bahawa seseorang itu tunduk kepada Allah s.w.t. dan merupakan puncak kebahagiaan seseorang hamba di dunia dan di akhirat.

2) Dapat menangkis serangan anak-anak panah iblis yang sangat panas lagi beracun, yang mana boleh menyebabkan kehancuran.

3) Dapat menghiasi hati dengan sinaran cahaya, melenyapkan kegelapan yang terdapat pada wajah dan anggota badan.

4) Membersihkan hati dari akibat sedih.Orang yang tidak mahu menundukkan pandangannya maka akan kekallah ia dalam kesusahan.

5) Mewariskan firasat yang sihat dan benar yang dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk.

6) Membuka pintu pengetahuan, iman dan ma'rifat kepada Allah s.w.t. serta hukum-hakamnya.

7) Menundukkan pandangan dapat mewariskan keteguhan dan keberanian.

8) Mewariskan hati dengan kesenangan dan kebahagiaan yang sangat indah.

9) Dapat menyucikan hati dan syahwat yang tersembunyi, maka itulah yang dikatakan tawanan hawa nafsu.

10) Dapat membebaskan hati dah fikiran yang selalu merumitkan, sedangkan bagi mereka yang tidak mahu menundukkan pandangan, fikiran mereka akan hanyut dengan angan-angan yang tinggi.

11) Menguatkan dan meningkatkan daya fikiran.Sedangkan mereka yang tidak mahu, tidak dapat apa-apa hasil kecuali hilang sikap waspada terhadap ahibat-akibat buruk yang akan berlaku.

12) Menundukkan pandangan dapat membebaskan hati dari gila syahwat dan menghilangkan sifat lalai. Sebaliknya bagu\i mereka yang tidak mahu menundukkan pandangan akan membuatkan dia melupakan Allah dan kampung (alam) akhirat.

4 comments:

  1. nasihat ini tak ketinggalan buat kucing di bawah itu...

    teruskan perkongsian.ghadul basyar...

    subhanallah...

    ReplyDelete
  2. Renungan Bersama..=D
    Pandangan Mata selalu menipu..
    Pandangan Akal selalu tersalah..
    Pandangan nafsu selalu melulu..
    Pandangan HATI itu yg hakiki..
    Kalau Hati itu bersih...
    Pabila hati kita bersih insyaAllah pandangan itu akan sentiasa dapat d pelihara..

    ReplyDelete