Saturday, September 29, 2012

I and You are CALLER =) : Mosque Tour Quide


"Aku hambaMU yang serba dhoif, aku tidak sehebat hambaMU yang laen, hari demi hari berlalu aku kadang berfikir dan bermonolog.... "Ya Allah Engkau berikan aku pelbagai nikmat, tetapi aku kadang alpa dengan kenikmatan, jika Engkau ambil nyawaku Subhanallah di mana tempat ku".. akan tiba saat nya cepat mahupun lambat.. Aku yang kerdil ini hanya mampu untuk menjadikan diriku seorang daei, biar aku dicaci dihina, aku ada Engkau disisiku"

Suka untuk aku kongsikan pada teman pembaca sekalian, sedikit pengalaman yang ada kaitan dengan post lepas (hihi yang mana perasan tu akan tahu secretnya disini) =) Suatu trafelog yang masih segar diingatan ::

      Pada jam 2.15 petang 8 September 2012, aku bersama rakan sekelas Diploma Pengajian Islam Dakwah telah pergi menaiki bas UniSZA bergerak meninggalkan kampus menuju ke Masjid Kristal. Tugasan yang perlu kami selesaikan ialah aplikasi dakwah dalam skop tour quide dari teori yang telah dipelajari di dalam kelas di bawah subjek Teori dan Aplikasi Dakwah..

         Tugasan ini terasa sungguh mencabar, ketika dalam perjalanan terasa debaran untuk berhadapan dengan realiti sebenar. Menoleh ke belakang melihat rakan masih membawa nota teori lagi sedangkan aku tidak sempat mencapainya sebelum bertolak pergi. Perjalanan dimanfaati dengan membaca buku bertajuk “Ubat Hati” sambil fikiran menafsir apa yang dibaca agar mengisi hatiku dan para mad’u yang bakal didekati, teringat satu kata-kata "kita tidak mampu memberikan sesuatu jika kita tidak ada sesuatu" berusahalah untuk memberikan sesuatu mutiara..
Sebaik sahaja sampai di perkarangan Masjid Kristal, perasaan berdebar makin terasa beberapa minit lagi bakal bertutur dengan mad’u yang tidak diketahui setakat mana pengetahuannya terhadap Islam. Sebelum itu kami dibawa melawat oleh ustazah yang cukup berpengalaman dalam tour guide ini, Subhanaallah kagum melihat lancar dibibir ustazah menerangkan kami selok belok masjid yang wajar kami sampaikan pada para pelancong yang datang melawati.
            Setelah usai penerangan yang serba padat dengan pengalaman, tiba masanya untuk kami mengaplikasikan ilmu tersebut. Pelancong yang pertama kami sambut ialah pelancong dari Hangzhou, China. Alhamdulillah respon awal yang baik kami terima, mereka kelihatan gembira dan pertama sekali yang perlu kami lakukan ialah membantu menyarungkan jubah juga tudung buat pelancong wanita.Aku sungguh gembira dapat melayan salah seorang dari kumpulan mereka dengan memakaikan tudung di kepala mereka, kelihatan dia sungguh menghargai dengan menghadiahkan senyuman manis ditambah pula mungkin kali pertama beliau merasai memakai tudung di kepala. Terus beliau meminta salah seorang dari kumpulan beliau mengambil gambar kami, terasa sesuatu dihati,terharu pula baru kenali tetapi bagai lama sudah mengenali, Allahuakbar alangkah indah jika beliau menerima hidayah dari Allah. Mudahan tiba waktunya digerakkan hati beliau untuk mendekati Islam dan kembali kepada fitrah ketika alam roh kesemuanya Islam mengaku bahawa Allah itu tuhan yang satu.
Setelah itu, kami membawa mereka memasuki bahagian dalam masjid dan membenarkan mereka mengambil gambar, sambil itu kami berbual bertanya khabar dengan mereka bagi menarik mereka untuk lebih selesa bertanya kepada kami apa-apa soalan yang membelenggu difikiran mereka mengenai Islam. Soalan yang mereka bertanya adalah bolehkah solat dengan keadaan begitu (menunjuk ke arah seorang muslimin yang sedang bersolat dengan berpakaian biasa, mengenakan t-shirt dan seluar slack)? Ya, tiada halangan boleh berpakaian begitu untuk mendirikan solat. Bagaimana melakukan pergerakan solat? Kami menunjukkan cara solat dengan mereka mengikut pergerakan kami satu persatu hingga salam.
Terdapat juga halangan dalam menyampaikan maklumat kerana mereka tidak memahami bahasa Inggeris juga Mandarin, sehingga salah seorang mereka berkata ”saya tidak pandai berbahasa Hanyu dan saya tidak suka bahasa Inggeris, saya hanya pandai kantonis.” Jadi kami hanya menerangkan dengan menunjukkan gaya dan dibantu oleh tour guide yang membawa mereka. Mereka kelihatan gembira berada bersama kami dan perpisahan kami diakhiri dengan mengambil gambar kenangan bersama semua.
           
          Setelah itu, pelancong dari China pula tiba, mereka sekumpulan kelihatan sungguh muda, tetapi apabila bertanya umur mereka rupanya telah mencecah 30-an. Mereka meneka benarkah kami pelajar? Benar tekaan mereka “women da xuesheng/ kami adalah pelajar universiti”. Kali ini mereka memahami bahasa Mandarin, Alhamdulillah bolehlah kami bercakap bertanya mereka serba sedikit apa yang telah kami pelajari, kelihatan mereka berbangga dengan kami kerana boleh berbahasa mereka dan memahami pertuturan mereka. Bolehlah cakap “ni hen piaoliang/ awak sangat cantik” tersenyum mereka dan mengucapkan “xiexie/terima kasih” ^^,

          Sewaktu mereka tiba azan Asar berkumandang, mereka kelihatan ingin masuk ke melihat ke dalam masjid, tetapi malangnya dihalang oleh pengawal yang menjaga, berkeras tidak membenarkan masuk dan hanya boleh memasuki setelah selesai solat berjemaah ditunaikan (emm begitulah keranah birokrasi). Kelihatan mereka sedikit hampa, lalu kami membawa mereka berjalan mengilingi persekitaran luar masjid sambil mereka mengambil gambar. Tiba sahaja di pintu hadapan kembali, rakan saya menjemput mereka untuk masuk ke ruangan dalam tetapi mereka kelihatan tidak yakin mungkin takut dimarahi oleh pengawal, tetapi rakan saya mengatakan bahawa dia menjamin mereka tidak akan dimarahi dan segala risiko dia akan menanggunnya, begitulah mehnah dan tribulasi dalam melaksanakan dakwah, ada ummat Islam sendiri yang mudah memandang serong terhadap non-muslim sedangkan diri mereka sendiri jahil agama. Rakan saya berpesan bahawa agar mereka tidak bercakap dengan suara yang kuat di dalam dewan solat yang bakal dimasuki, Alhamdulillah mereka sangat mematuhinya sampai ingin berkata kepada kawannya mereka akan bercakap seolah berbisik.

               Pelancong seterusnya adalah dari Australia. Keinginan mereka begitu kuat untuk mendalami agama Islam sehingga seorang tour guide menghadiahkan sebuah terjemahan alquran English transiliton. Kata ustazah di negara Barat mereka mengalakkan anak muda untuk advance lebih 20 negara. (huhu negara kita bagaimana? dapat ke KL atau Putrajaya pun macam masuk alam laen)

              Setelah jam menunjukkan 5.30 petang, maka berakhir tugasan kami. Alhamdulillah, terasa sungguh mendapat pengalaman luar biasa pada hari tersebut, tidak dapat diluahkan sepenuhnya melalui mata pena. Moga pengalaman ini menjadi titik mula untuk aku lebih bergiat dalam bidang dakwah terhadap non-muslim dan juga terhadap warga luar negara Malaysia.. Mana tahu suatu hari dapat terbang tinggi hihi

           Akhir kata ini adalah refleksi dari aku yang kerdil, doakan diriku thabat dalam perjuangan penerus rantai perjuangan Rasulullah S.A.W. andai aku gugur, mudahan jannah tempat ku. Teringat suatu secebis kata yang mendalam maksudnya :) 


"Tegakkan Islam dalam dirimu, nescaya mekar Islam disekelilingmu"

No comments:

Post a Comment