بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah masih diberikan kesempatan dan kelapangan untuk berkongsi
disini walaupun masih dalam fitrah imtihan =) Allahuakbar, indahnya Islam
punyai hari utama yang berbeza dari hari lain di sebut sebagai ‘sayyidul
aiyyam’ penghulu segala hari iaitu hari Jumaat.
Subhanaallah, ana bersyukur ditetapkan
Allah belajar di bumi KUSZA (opss tu nama dahulu kala, zaman kegemilangan hihi)
bakpo ana bersyukur? antaranya sebab Terengganu adalah negeri yang cuti
minggunya adalah hari Jumaat (jadi x dek lah masalah x ingat hari jumaat hihi
sebab biaselah hujung minggu amatlah dinanti oleh semua golongan dari kanak-kanak
PASti => adik-adik sekolah => mahasiwa/i => makcik tukang sapu sampah
=> pakcik driver bas sekolah=> staff kerajaan).
Kembali kepada tajuk huhu "Enta Muslim kan?", sukalah
ana nak habaq mai kat kaum-kaum adam yang dimuliakan Allah, diberi
kekuatan+kelebihan lebih dari kaum hawa jadi manfaatinya dengan sebaek nye.
Antara kelebihannya Allah minta kaum adam solat jumaat 2 rakaat je, "bro,
jom solat sikit je" (bab kata Sham Kamikaze sewaktu kuliah nya semalam di
Musolla Saodah). So bro 2 rakat je, Allah sayang kat kita tak susahkan,
sewajarnya Solat Jumaat 2 rakaat + 4 rakaat lagi Solat Zohor TOTAL 6 rakaat, tapi
DIA sayang kat bro-bro sekalian 2 rakaat je di fardhukan=)
Ana teringat satu peristiwa sewaktu membantu
ummi berniaga di bandar Jerantut, kisah seorang jejaka (huhu jejaka ke yek? x
pe lah nak habaq mai kaum adam lah senang). Si jejaka nie berniaga burger+rokok
dihadapan kedai ummi berada seberang jalan dibawah sepohon pokok, si jejaka ini
mengenakan baju melayu+kain pelekat+kopiah (tidak seperti pakaian hari biasa)
Alhamdulillah, terdetik di hati walaupun seperti pemuda-pemuda dijalanan tetapi
masih still tahu hari Jumaat dan berpakaian mengikut sunnah ^^, Detik demi
detik berlalu, minit ke minit, melihat si jejaka melayan pelanggan yang menaiki
kereta dengan gaya seorang bos menghonkan kenderaan dan menunjukkan 1, si
jejaka terus membawa sekotak rokok dan menghulurkan dari cermin kereta tidak
kurang juga motor-motor yang berhenti seketika, mungkin perjalanan ke masjid
berhenti bagi mendapatkan sekotak rokok (huhu ana x tau lah bro-bro kalo
merokok kat masjid tu port mane kan kat dalam masjid tengah pak imam bagi
khutbah ke kat luar atas motor ke kan)
Mungkin gembira si jejaka dalam 30
minit sahaja bergerak laju stok rokoknya di sebuah rak kayu kecil...... Minit
ke minit berlalu hinggalah azan kedengaran dicorong radio sebuah kedai
berdekatan (alamak x bergerak pula dia menutup gerainya itu) Allahuakbar
terdetik nak pi tanya si jejaka "Enta Muslim kan?"... emmm namun ana
simpan hasrat itu macam tak sewajarnya ana seorang muslimah mahu menyapa dia
yang tidak ku kenali. Hingga jalan sesak kembali dengan kenderaan yang baru keluar
dari masjid tetapi si pemuda masih berada disitu tanpa segan silu sudah
terlepas untuk solat jumaat.
Terdetik dihatiku......
Wahai kaum Adam! sekalian susah ke ye nak
ke masjid? (perlukah kalian menghabiskan beratus-ratus duit untuk ke
masjid),
Wahai pemuda! adakah kalian perlu membayar
kepada tok imam yang menyampaikan khutbah di mimbar masjid? (berapa ribu upah
kepada tok imam yang kalian perlu berikan?
Wahai muslimin! adakah kalian terlupa
disaat kalian berada di masjid itu ada part yang bila berdoa maka mustajab doa
kalian? (ummi ana jika ada hajat yang besar selalu menyampaikan pesanan kepada
abang ku supaya doakan ketika tiba masa mustajab tersebut. so, kalian muslimin
Allahuakbar, kalian sangat beruntung)
Wahai syabab! adakah kalian berhabis tenaga berdiri atau berpanas untuk
mendengar kata-kata tok khatib berdiri di mimbar? (enta bertuah, ana muslimat
ni nak dengar tazkirah live tiap minggu secara percuma atau secara berhadapan
dengan para alim punya lah susah kena fikir nak naik apa, nak pergi dengan
siapa, dan pelbagai lagi, tapi kalian Subhanaallah sudah terhidang di depan
mata tiap minggu, manfaati lah)
Subhanaallah jika semua muslimin Malaysia berkumpul untuk solat jumaat sebegini ramai nescaya aman Malaysia
Maaf mungkin ada bro-bro yang tak tahu tentang kewajiban solat
jumaat pada bro sekalian, meh ana bagitau disini. Bro sekalian, kewajipan
mendirikan solat jumaat telah dijelaskan dalam Surah Al-Jumu'ah ayat 9, Allah
berfirman :
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu), yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)".
Rasulullah S.A.W. juga ada kata:
"Menghadirkan solat jumaat itu adalah kewajipan setiap orang yang telah cukup umur baligh" - (Riwayat An-Nasa'i)
Apa yang merunsingkan ana dan siapa yang cakna akan fenomena ini, akhir-akhir ini semakin bertambah bilangan orang yang tidak menunaikan solat Jumaat. Allah telah mewajibkan setiap umat Islam untuk menunaikan solat-solat tertentu secara harian dan mingguan sebagai fardhu ain yang mesti dilaksanakan demi membangun sifat-sifat kemanusiaan yang baik dan utuh dalam jiwa mereka.
Belum kalian chek list sah atau tidak solat jumaat kalian, sebab apa ana berkata begitu, ini kerana ana melihat sendiri dengan nikmat mata yang Allah beri, apabila azan sudah berkumandang tok imam memulakan khutbah pertama, tapi kalian masih berada di pasaraya sibuk seperti kaum hawa membeli barang, juga tidak kurang yang masih dikedai makan menjamu selera, dan juga yang berada di jalanraya untuk ke masjid. Masyaallah, solat jumaat bukan setahun sekali untuk kalian tidak bijak budget masa bergerak ke masjid, disalah kan jalan jem (patut kalian salahkan diri kalian yang men"jem"kan masa kalian tidak mahu bergerak awal ke mesjid.
Begitulah syabab, kalian jangan lupa firman Allah :
“Para lelaki adalah qawwamun (pelindung) kepada wanita.” (Surah al-Nisa, ayat 34)
Akhir kata dari ana yang serba dhoif ini, ana tidak marah pada kalian semua cuma sekadar renungan buat ana berkongsi dengan kalian. Bersyukurlah kita pelbagai nikmat DIA bagi pada kita, sihat tubuh badah, diberi mata untuk melihat, diberi kaki untuk berjalan. Allahuakbar andai DIA tarik satu nikmat itu adakah kita wajar untuk marah padaNYA sedangkan tiap detik yang DIA beri kita tidak menggunakan nikmatnya dengan sebaiknya.. اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ الْعَظِیْمَ
Khas buat kalian yang sudi membaca =) Fahami+ Hayati tiap bait kata di dalamnya (^_^)
5:00 AM Waking up for Fajr
Got to make Wudu,
Got to pray my Sunnah got to make Ghusl,
Got to clip my nails looking outside,
The sun is rising up in the sky Everybody's rushing
Got to get down to the masjid
Got to say "Salam!" to the Imam
Sitting in the first Saff (row),
Chilling in the back Saff (row)
Got to make my mind up...
Do what the prophet did!
It's Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah
Everybody's looking forward to
His mercy, mercy Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah
Everybody's looking forward to the Ajr
Miswaking!, Miswaking! Miswaking!, Miswaking!
Pray, Pray , Pray, Pray
Got to read Surat Al-Kahf
12:45 the Imam's on the minbar
Talking about something like "Fiqh Az-Zakat"
They're whispering, chatting from the crowd
Don't they know that it's haram
I stand up,you stand up
Prayer's about to start
"Qad, Qaamat es-Salaah"
Foot to foot! shoulder to shoulder!
Just don't step on me!
Sitting in the first Saff (row)
Chilling in the back Saff (row)
Got to make my mind up...
Do what the prophet did!
It's Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah
Everybody's looking forward to
His mercy, mercy Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah
Everybody's looking forward to the Ajr
Miswaking!, Miswaking! Miswaking!, Miswaking!
Pray , Pray, Pray , Pray
Got to read Surat Al-Kahf
It's Jumuah Jumuah
Got to make dhikr on Jumuah
Everybody's looking forward to
His mercy,mercy Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody's looking forward to His mercy
No comments:
Post a Comment