Sunday, January 30, 2011

UJIAN MEMBANGKITKAN SEMANGAT DIRI

Assalamualaikum sahabat ku sekalian..Mudahan hati kita kuat dgn ikatan doa rabitah yang sering kita baca terutama ketika baca Al-Ma'thurat...
Sungguh indah kata-kata dalam doa rabitah hingga menitis air mata ini terutama bila pelbagai ujian menjengah... Allahuakbar...Minggu nie silih brganti ujian menjengah..Sungguh lemah diri ini untuk menghadapi nya... Tapi semua nya tersarat pelbagai hikmah... Bagi ana bila ujian mendatang ana akan fikir hikmah di sebalik nya... Antara ujian yang ana lalui seminggu ini dan yg dapat nyatakan di sini adalah 
PERTAMA: seteguh mana ukhwah antara sahabat ana yg ana sayangi kerana ALLAH... 
KEDUA: sakit yang paling rasa sakitnya selama ana hidup di muka bumi ini... 
KETIGA: pemergian seorang sepupu yang banyak berjasa... 
KEEMPAT: berita-berita dari bumi anbiya' (MESIR) yang mana di sana ada insan yang ana kasihi dan yang hampir 3tahun ana tidak mendakap nya
[ana x crite semua dan x secara terperinci stiap ujian di atas]


Hati ini sedih, hati ini berbisik sendiri "wahai diri, Allah x kan uji, jika diri kamu x layak dgn ujian ini, wahai diri kuatlah, ujian ini dari PENCIPTA KAMU JUA MAKA MENGADULAH PD NYA", hati ini kadang berbisik jua "wahai diri, kenapa minggu ini silih berganti ujian yg mendatang, diri ini tidak ada persediaan yg cukup utk hadapi segala nya minggu ini", hati ini makin resah, tidur seketika dan apabila terjaga maka semua nya berputar dalam kepala... Hanya DIA jua yang sudi mendengar dan menguatkan hati ini.. 
 KU MEMOHON DALAM SUJUDKU PADAMU,
 AMPUNKANLAH SEGALA DOSA DALAM DIRI,
 KU PERCAYA ENGKAU BISA MENEGUHKAN,
 WALAU SERIBU RINTANGAN,
 KAN MENGHADANG DALAM DIRI,
 KU TEGUHKAN HATI INI,
 HANYA PADA MU,
 ENGKAU SATU CINTA,
 YANG SELAMANYA AKU CARI..
Ana nak kongsikan tentang UJIAN yg KEDUA iaitu sakit yg paling rasa sakitnya selama ana hidup di muka bumi ini (ana cerita ringkas je ye) ..x tau lah tetiba sakit mendatang pada pagi hari jumaat, nak kata x jaga pemakanan, rasanya okeh je tu lah kalau Allah nak uji DIA tetap uji juga.. pagi tuh ana muntah sampai kan pucat dan sehinggakan x dek apa dah yang nak keluar (everything dah kluar termasuk ubat gastrik dan air masak turut keluar).. dan ada sahabat yang tolong  ana,ana pun merehatkan diri dan Alhamdulillah keadaan stabil,petangnya pun ana mampu bersenam... tapi ana kembali sakit pada jam 12.05 pagi sabtu... ALLAHUAKBAR  waktu tuh ana rasa nak muntah dan ana cuba muntah tapi x keluar juga, sahabat ana tolong dan akhirnya keluar juga beserta angin yang banyak.. sakit tidak berhenti di situ sahaja, ana di susuli dengan sesak nafas, waktu tuh ALLAHUAKBAR bermain dalam fikiran "adakah hari ini hari terakhir ku?" "aku mahu ada di samping ummi, abah dan insan yang menyayangi diri ku" "Ya Allah, dosa ku lbih banyak dari kebajikan ku" "Ya Allah aku masih mahu menjadi pejuang agama Mu" "Ya Allah ampunkan dosa ku"... sahabat sekalian ini bukan rekaan semata-mata tapi ini adalah benar ana rasa ajal ana semakin dekat, tapi Allah Maha Mengetahui masa nya belum tiba lagi, jam 1.30pagi keadaan ana semakin pulih (syukran banyak2 pada sahabat2 yang membantu dan menemani ana, jasa kalian pada ana, hanya Allah yang mampu balas" dan ALHAMDULILLAH sehingga kini ana masih di beri pelbagai pinjaman dari NYA dan ana tidak sesekali lupa untuk sujud tanda bersyukur kepada NYA kerana masih melanjutkan tempoh "pinjaman nyawa", sedar lah diri ku dan sahabat ku tiada siapa yg boleh beri pinjaman yg bernilai itu pada kita melainkan ALLAH, maka gunakan setiap detik dan langkah kita untuk NYA bukan untuk dunia semata atau akhirat semata..
AKAK KU YANG KU RINDUI


Ana kongsikan pula tentang UJIAN yang KEEMPAT iaitu berita-berita dari bumi anbiya' (MESIR), yang mana di sana ada insan yang ana kasihi dan yang hampir 3 tahun ana tidak mendakap nya, itu lah AKAK ku.. Sebagai mana yg sedia maklum, Mesir sekarang ini sedang berlaku satu kebangkitan rakyat, demonstrasi besar-besaran oleh rakyat yang ingin perdana menteri nya Husni Mubarok yg berusia 82 tahun yg menggunakan pemerintahan kuku besi terhadap rakyat Mesir berundur.. Mesir telah diisytihar kan DARURAT, maka semua rakyat di sana diperintah berkurung dan menyediakan makanan untuk tempoh 1 bulan (ALLAHHUAKBAR hanya Allah yg tahu bagaimana rasa kerisauan dalam diri ku dan keluarga ku) dan yang paling kejam semua talian televisyen, internet dan telephone dihentikan, hanya radio sahaja yg di buka di sana (hati ana merintih YA ALLAH ENGKAU BERIKAN APA YG TERBAIK BUAT KAKAK KU, sungguh hati ini sgt rindukan mu kakak ku).. 


WAHAI DIRI BANGKIT LAH DARI LENA, DARI TERMENUNG PANJANG, DARI KESESAKAN DUNIAWI.. BANGKIT LAH MEMBURU CINTA YANG HAKIKI, SEGALA UJIAN DIA YANG HADIAHKAN DAN ITULAH CARA TARBIAH DARI NYA DAN INGATLAH FIRMAN NYA


ALLAH TIDAK MEMBEBANI SESEORANG MELAINKAN SESUAI DGN KESANGGUPANNYA
>SURAH AL-BAQARAH 286<
DAN JANGANLAH KAMU MERASA LEMAH (DLM PRJUANGANMU), DN JANGANLAH KAMU BRDUKACITA (TRHADAP APA YG BAKAL MENIMPA KAMU), PADAHAL KAMULAH ORANG2 YG TINGGI NILAI NYA, JIKA KAMU ORANG2 YG BRIMAN
>SURAH A’LI IMRAN 139<


Dalam ujian yang mendatang terima kasih pada sahabat yg telah memberi semangat dan membantu ana yang lemah ini.. DOA PARA PEMBACA AMATLAH BERHARGA BUAT ANA..Sekian sahaja dari ana..


يَا مُقَلِّبَ الْقُلُبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ


WAHAI TUHAN YANG MEMBOLAK-BALIKKAN HATI, TETAPKANLAH HATIKU DI JALAN AGAMA DAN KETAATAN KEPADA-MU

1 comment:

  1. selamat berjuang sahabat....
    semoga hati2 kita sentiasa bersatu dan berpadu demi cintaNYA....
    " BErtemu dalam ketaatan dan bersatu dalam perjuangan menegakkan syariat dalam kehidupan"

    insyaallah!!

    sesungguhnya setiap ujian yang melanda dan mendatang kerana Allah sayang pada kita... cuba bayangkan jika kita sering diberi kesenangan berpanjangan... semakin jauhlah kita dari Allah....

    enti terpilih sahabt...bersyukurlah kerana diberi ujian oleh Allah...kerana ianya merupakan tarbiyah dari Allah untuk memantapkan lagi iman dan akidah kita..
    ingatlah, kesenangan itu akan muncul selepas kesusahan beransur.....
    insyaallah....

    ReplyDelete