Assalamualaikum kepada sahabat yang ku kasihi dan para pembaca sekalian… Hati ini sayu,pilu,sedih dan terharu hari ini apa yang ana boleh ucapkan “Selamat hari lahir kekasih ku”… Kekasih ku, ketahuilah aku amat merindui dirimu, walaupun hari ini penuh dengan aktiviti sambutan semperna hari lahirMu diadakan dan aku ditaklifkan menjadi salah satu tenaga bagi menjalankan sambutan hari kelahiranMu di kampus ku. Insyaallah akan berakhir malam ini.. Disaat berkejar-kejar menguruskan program, hati aku tetap tidak berganjak mengingati dan sempat membayangkan jerih payahMu berkorban untuk aku dan jua semua ummat dunia ini..
Rinduku ya Rasulullah
Padamu ya Habibullah
Walau tak pernah bersua
Cintaku tetap membara
Padamu ya Habibullah
Walau tak pernah bersua
Cintaku tetap membara
Wahai kekasihku, aku tidak pernah menatap wajahMu.. aku tidak pernah mendengar suaraMu, dan aku jua tidak pernah berada di sisiMu.. aku memohon pada ALLAH yang satu agar ketemuikan aku dengan mu kelak.. Kekasihku.. walaupun Engkau telah tiada di bumi ini, ketahuilah ummat mu masih ramai yang meneruskan rantai perjuanganMu, dan aku jua ingin mengakhirkan nafasku dalam medan memperjuangkan Islam yang Engkau bawa buat ku jua semua..
Rinduku ya Rasulullah
Padamu ya Habibullah
Engkaulah buah hatiku
Engkaulah kekasih Allah
Padamu ya Habibullah
Engkaulah buah hatiku
Engkaulah kekasih Allah
Wahai kekasih ku, salah satu imbauan ku buatMu ialah ketika khubah terakhir yang Engkau telah sampaikan, hati ku menangis mengenangkan manisnya setiap ungkap kata mu… wahai kekasihku, walaupun aku tiada didalam himpunan itu, tetapi Allah telah meletakkan dalam diriku satu rasa yang cukup-cukup istimewa seolah-olah aku ada ketika itu….. Mengalir dengan deras air mata ku ketika rasa ini hadir dalam hatiku… Antara ungkap kata mu buat semua ummatMU ketika di lembah gunung arafah pada 9 Zulhijjah 10 Hijrah ialah
Wahai Manusia,
Dengarkanlah baik-baik apa yang hendak ku sampaikan dan katakan, aku tidak mengetahui apakah aku akan dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.
Oleh itu, dengarkanlah dengan teliti kata-kata ku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak hadir disini pada hari ini.
Allahuakbar ketika itu para sahabat berasa ada sesuatu akan berlaku..
Wahai Manusia,
Sepertimana kamu menganggap pada bulan ini dan kota ini suci, maka anggaplah bahawa jiwa dan harta setiap orang muslim itu sebagai amanah yang suci. Kembalikanlah harta-harta kamu yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Janganlah kamu menyakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah sesungguhnya kamu akan menemui tuhan kamu, dan Dia pasti akan membuat perhitungan di atas amalan-amalan kamu.
Allah S.W.T telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba adalah terbatal melalui sekarang.
Berwaspadalah kamu terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu, dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara yang besar, maka berjaga-jagalah kamu agar tidak mengikutinya dalam perkara-perkara yang kecil.
Semua terdiam dan merenung setiap kalimatMu..
Wahai Manusia,
Sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu, maka mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk mendapat makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah kamu terhadap mereka, kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia.
Hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan di larang melakukan zina.
Sungguh bermakna pesanan mu buat ummatMu
Wahai manusia,
Dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat-zakat dari harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu.
Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah bersaudara kepada muslim yang lain dan tidak seorang pun dari kamu lebih mulia daripada yang lain kecuali di dalam soal taqwa dan amal soleh.
Ingatlah bahawa kamu akan menghadap dan menemui Allah S.W.T pada satu hari kelak untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan.
Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaan ku.
Saat ini ada hati yang merasa sayu
Wahai manusia,
Tidak ada Nabi dan Rasul yang akan diutuskan selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang mana sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Subhanallah semua yang hadir teresak-esak menangis, kerana mereka ketahui KEKASIHKU AKAN PERGI BUAT SELAMANYA..
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikanya pula kepada orang lain, dan hendaklah orang itu pula menyampaikannya kepada orang lain, semoga yang terakhir itu lebih memahami dan menghayati kata-kataku daripada mereka yang mendengar terus dariku.
Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMu……………
Buat pembaca blog ini. ketika ini ana minta satu sahaja pada kalian “letakkan dalam dirimu kasih kepada RASULALLAH selamanya” kerana kelak kita akan mendapat syafaat dari Nya jua.. walau tinggi mana pangkatmu, jawatanmu, ilmu kamu, harta kamu dan kehebatanmu Ingat lah satu masa kamu akan meninggalkan semuanya itu….. Amalan ana dan jua kalian lah akan menjadi bekalan buat kehidupan di alam seterusnya.. Sekian sahaja dari ana, Allah lah yang lebih mengetahui apa yang sebenarnya….
No comments:
Post a Comment