Friday, February 4, 2011

ADAKAH MASANYA SUDAH HAMPIR?

Assalamualaikum sahabat semua.. Ana sekadar nak berkongsi.. Pada hari Rabu 020211, selepas sahaja ana makan malam, ana terasa kembali sakit seperti sebelum ini... ana di rumah abang sulong di KL,setelah muntah-muntah dan sakit di perut, ummi ana menyarankan agar ana di bawa ke klinik (x nak pun pergi, bukan takut doktor or ubat, tapi sebab dah ada bekalan ubat dari klinik unisza :-) cuma dah makan tapi tetap sakit juga), jadi ana pun pergi lah ke klinik (pusat rawatan jamilah).. ingat kan doktor wanita rupe nye lelaki (munkin doktor jamilah out station kot, tu ganti dgn doktor jamil)..

Setelah di beri nasihat (x chek langsung, just nasihat semata2) oleh dr.jamil, beliau pun berpesan "balik nanti pergi kat tok lebai", ana pun tercengang (dalam hati apa pasal pulak nak ke tok lebai kan dah ke klinik nie, barangkali lebih mujarab kot hihi), melihat reaksi muka ana, dr.jamil pun berkata "eh x tau ke kat mane?" (dalam hati berkata lg, ish.. mcm ne nak tau dah x bgtau lagi), dr.jamil pun menjawab soalan hati ana "lah bukak internet gi kat google hihi, x tau ke kan tok lebai tau macam-macam" (dalam hati berbisik "alah sempat lagi dr.jamil nie buat lawak dah lah tengah sakit sangat nie") ooo kalau tu ana tahu tapi ana panggil "TOK SHEIKH Google" hihi.. Macam2 lah doktor nie, sakit tetap sakit.. setelah nama di panggil untuk mengambil ubat, ana pun pergi ke kaunter bersama abang.. diberikan 3jenis ubat bersamaan RM95 tunai :-).. (syukran akhi, sekali sekala belanja adik ubat hihi).. setelah lama bertahan dari muntah, masuk je kereta ana muntah kembali (dalam plastik yg di bekalkan).. ummi terus suruh ana makan ubat tahan muntah.. 
Alhamdulillah terasa kurang sakit nya.. di sini ana sertakan sedikit hasil dari bantuan tok lebai :-)
Posted by [ProTaz]™ Uwais AlQorny AL-HAFIZ

SIMPTOM sakit atau senak perut tidak menjurus kepada gastrik semata-mata. Banyak penyakit lain yang membabitkan gejala sama tetapi punca berbeza seperti pedih ulu hati, batu dalam pundi hempedu, ulser perut serta radang pankreas. Sama ada individu terbabit diserang gastrik atau bukan, hanya dapat ditentukan selepas diagnosis. 
Pakar Perunding Bedah Pengkhususan Gastrousus dan Laporososkopik Lanjutan, Dr Abdul Fahmi A Karim, berkata masyarakat masih kurang memahami petanda gastrik sebaliknya memberi tanggapan sebarang kesakitan pada perut terutama ketika berpuasa adalah gejala awal penyakit ini. Katanya, gastrik atau nama perubatannya, gastrisis merujuk kepada inflamasi (radang) pada bahagian lapisan perut (mukosa) tetapi masalah lazim ini turut digunakan bagi menerangkan pelbagai gejala yang disebabkan inflamasi itu termasuk pedih ulu hati atau ketidakselesaan perut. 
"Sebelum menganggap diri diserang gastrik, individu harus mendapatkan pemeriksaan dan nasihat pakar bagi mengelakkan kemungkinan mereka menghidap penyakit lain yang lebih serius," katanya. Walaupun lapisan mukosa sentiasa beralkali dan melindungi bahagian terbabit daripada dirosakkan bahan memudaratkan seperti alkohol, ubat aspirin, makanan berasid dan pedas serta asap rokok. Apabila lapisan ini semakin terhakis, ia tidak mampu menjalankan tugas dengan baik hingga menimbulkan radang.

"Sakit lebih dirasai apabila berpuasa disebabkan peningkatan tahap asid dalam perut berikutan ketiadaan makanan. Asid sedia ada yang membantu mencerna makanan berkumpul pada bahagian terbabit bersama asid yang terhasil secara semula jadi berdasarkan tindak balas kimia.

"Apabila keadaan itu berlaku ditambah ketiadaan pelindung mukosa, radang boleh berlaku tanpa mengira waktu. Selain pengambilan ubat dan kemestian makan sahur bagi sumber tenaga, pesakit tidak digalakkan membayangkan keenakan makanan kerana imaginasi atau faktor psikologi ini mampu meningkatkan lagi keasidan perut," katanya. 
Penghasilan asid secara semula jadi boleh berlaku menerusi tiga fasa iaitu tindak balas kimia pada otak sebaik terbayang makanan, apabila makanan di dalam mulut serta ketika proses penghadaman.
Sementara itu, jangkitan bakteria dikenali sebagai helicobacter pylori (H pylori) juga antara penyebab gastrik. Ia mampu bertahan dalam keadaan perut berasid, malah jangka hayatnya juga panjang. Dianggarkan sejumlah 74 peratus pesakit yang mengalami ulser gastrik mempunyai jangkitan Hpylori. 

FAKTA
Simptom gastrik :
* Kesakitan semakin berkurangan atau bertambah apabila makan. 

* Pedih pada ulu hati atau bahagian atas perut. 

* Terasa loya. 
* Berat badan turun. 

* Terasa pedih, sakit seperti sengal atau lapar yang teruk pada perut antara satu hingga tiga jam selepas makan atau tengah malam. 

* Najis kehitaman atau berdarah (menunjukkan ulser sudah berdarah). 

* Kerap sendawa. 
Penyakit lain berkaitan sakit perut 

Pedih ulu hati - Masalah pedih ulu hati disebabkan beberapa faktor sama ada daripada ulser gastrik (perut) atau ulser duodenum yang boleh dikategorikan kepada jenis peptik. Ulser duodenum yang boleh dikategorikan kepada jenis ulser peptik. Selain itu, refluks esofigitis atau keadaan apabila pesakit terasa asid naik ke belakang mulut (kepanasan) juga membuatkan seseorang terasa loya, payau, sesak nafas dan batuk.
Batu dalam pundi hempedu - Boleh menyebabkan seseorang pedih padabahagian ulu hati. Punca hanya boleh diperoleh menerusi ujian ultra bunyi (Ultrasound) di perut, endoskopi, ujian darah dan pernafasan. Sakit semakin teruk apabila mengambil makanan berlemak kerana ia menyebabkan hempedu mengecut seterusnya menjadi kejang. Hampir 30 peratus menghidap batu hempedu tidak berasa sakit. 

Radang pankreas - Kesakitan pada bahagian ini boleh dianggap serius kerana ia memberi makna pankreas sudah rosak berikutan keracunan. Terlalu banyak alkohol antara punca yang membuatkan bahagian ini tersumbat atau rosak. 
Ulser perut - Terdapat tanda kemerah-merahan atau luka pada dindingmukoza. Jika dibiarkan tanpa rawatan segera, luka sedia ada menjadi bertambah teruk. Gejala ini juga boleh berlaku di bahagian usus kecil.

[Mudahan ana hanya sakit gastrik biasa sahaja dan akan sembuh, terima kasih banyak-banyak di atas saranan sahabat ana, agar ana pergi ke rawatan doktor pakar, ana rasa tidak perlu lah kerana ana telah mendapat kan rawatan di beberapa klinik dan hospital, sahabat sekalian "jika sudah sampai saat nya, tidak akan tercepat walau sesaat atau terlambat sesaat pun, ana tetap akan pergi jua".. terima kasih juga kepada para insan yang menyayangi diri ana, yang telah banyak membimbing ana, membantu ana ketika ana sakit jua yang mengambil berat, di sini juga ana ingin memohon keampunan kepada semua insan yang mengenali diri yang kerdil ini.. ana sedar pelbagai kesalahan ana telah lakukan kepada antum semua, maka ampunkan salah dan silah ana, ana hanya insan biasa yang tidak punya apa-apa] Andai benar sudah hampir saat nya, mudahan sakit ini adalah penyuci segala dosa yang telah ana lakukan.. Renungan bersama..
Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang Telah ditentukan waktunya. barang siapa menghendaki pahala dunia, niscaya kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barang siapa menghendaki pahala akhirat, kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat itu. dan kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur. ['Ali 'Imran 145]
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. dan Sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, Maka sungguh ia Telah beruntung. kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.['Ali 'Imran 185]
Dan dialah yang mempunyai kekuasaan tertinggi di atas semua hamba-Nya, dan diutus-Nya kepadamu malaikat-malaikat penjaga, sehingga apabila datang kematian kepada salah seorang di antara kamu, ia diwafatkan oleh malaikat-malaikat kami, dan malaikat- malaikat kami itu tidak melalaikan kewajibannya. [Al-An'am 61]

No comments:

Post a Comment