Saturday, April 2, 2011

Buatmu Adikku


Assalamualaikum sahabat sekalian, post kali ini ana ingin kongsikan sedikit pengalaman ana pada 26 Mac 2011, ana telah menyertai dan  telah menyempurnakan projek Ko RAKAN KAUNSELOR UniSZA 2010/2011 yang diberi nama “Sehari Bersama Pemimpin Muda”. Projek ini dilaksanakan bagi memenuhi jam kredit dan dinilai markah sebanyak 60%. Kami ahli Rakan Ko dengan kerjasama penasihat kami yang disayangi Puan Ju dan Puan Hafiah telah memilih menjalankan projek kali ini di Rumah Anak Yatim Darul Falah. Bas disediakan sebanyak 3 buah tetap tidak mencukupi, ana dan sahabat yang ana sayangi (nur atiqah) diminta untuk menaiki kereta urusetia (lagi kami bersyukur dan suka x yah naek bas dengan kaum Adam hihi bukan apa nanti dilihat dan terlihat pula hihi dah dosa).. Jadi tepat 7.30 kami bergerak dengan menaiki kereta (MPV hihi), kami sampai di Darul Falah jam 7.50 (laju driver ni drive, walaupun muslimat tetapi tetap hebat hihi)..
Allahuakbar sewaktu sampai dan menjejakkan kaki terasa dalam diri ini gembira melihat kawasan yang tenang dan terdetik di dalam hati ini “Ya Allah, sungguh besar pahala buat orang yang membina tempat ini dan menjaga kebajikan anak-anak di sini”.. Subhanallah, sewaktu melihat adik-adik muslimat dan muslimin disini terdetik juga “x kurang juga kemajuan disini, pemakaian dan gaya adik2 seperti di luar juga (ade juga rambut cacak2 gituh hihi macam2 ada). Emm program bermula dengan ucapan pengarah program, antara kata2 yang menarik, “kita datang jangan niatkan hanya untuk memenuhi jam kredit, tapi penuhi masa bersama dengan adik2 di sini dengan memberikan apa yang bermanfaat”.  
Seterusnya ucapan dari ustaz hafiz pemangku pengetua Darul Falah, antara kata2 beliau yang ana tertarik ialah “adik2 mahasiswa sekalian berbesar hati kami menerima kedatangan kalian, kami terkejut menerima kalian yang berjumlah 200 orang, sehinggakan 2 orang tukang masak kami jatuh sakit dan tidak dibenarkan untuk terus memasak hari ini, munkin terkejut menerima ramai tetamu (dgn wajah yang tersenyum dan ketawa), walaubagaimanapun kami cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk kalian” dan kata akhir beliau sebelum merasmikan “adik2 ingat lah Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam mengatakan “Orang yg menanggung (mengembirakan) anak yatim baik anak yatim itu ada hubungan keluarga mahupun tidak, maka saya dan orang yang menanggungnya seperti dua jari ini di dalam syurga.”, Malik bin Anas perawi hadis itu mengatakan, baginda memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengah”..huh menaikkan semangat ana untuk tidak sia2 kan detik2 bersama dengan adik2 di sini..
Bermulalah aktiviti pertama ice-breaking dengan mengasingkan mengikut bunyi haiwan (kump ana bunyi ayam huhu, kakak2 kene buat bunyi utk adik2 cari haha kelakar pun ade).. Kumpulan ana 5 org adik hawa dan 2 org adik adam.. Seterusnya  jom maen spiderweb, dalam kumpulan ana, ana diberikan balingan tali hijau dari seorang adik yang manis senyuman nyer dan ana perlu mentaa’rufkan diri hihi, sampailah semua dah taa’ruf maka err maen tarik2 tali pule, err kene gabung2 spiderweb dengan kump laen yang lebih besar dan perlu gerak ke dewan (lalu lorong sempit) dgn memegang tali masing2 tanpa seorang pun ahli rase sakit dan gabung dengan semua sekali kumpulan(huh ade 10 kump gabung membentuk sarang labah2 yang besar dan cantik).. hebat juga permainan nie, permulaan yang cukup mencabar huhu tapi ini lah yang di ibaratkan “tali ikatan ukhwah”.
Err sewaktu aktiviti di dalam dewan, tiba2 seorang adik ahli kumpulan ana datang (dgn senyuman malu) err hawa tau bukan adam. Lalu berkata “akk, sayo nok jadi adik angkat akk, buleh?” hihi dengan terdiam sejenak dan menjawab “ho buleh2, apo namo dik, lupo pulo waktu taa’ruf td” (gelabah dan ketawa malu).. “namo sayo nadhirah binti  azmi” ana pun jawab dgn yakin nyer  “oh, adik hok duk Pake deh”, hihi betul juga jawapan ana hihi nampak alert cket.. Selepas tu banyak lah aktivitinya, yang bestnye ade explorace dan ade checkpoint maen tulis rukun solat (err ramai duk maen pandang2 satu same laen trmasuk fasi), 13 jangan kurang  jangan lebih pule ye adik2 dan kawan2.. time nak hantar pd fasi yang menjaga checkpoint tuh, ana chek dan kate “dalam solat subuh ade x tahyat awal?” reaksi adik2 dan fasi “err x dek kot” ana jawab “hihi jadi x kan tahyat awal wajib dik”.. “err ape lagi ye kak, kalo buang tahyat awal jd 12 pule”.. “dik, cube bayangkan prgerakan kite same, hah kan duduk tahiyat akhir dgn membaca tahyat akhir kan asing”.. setelah dibaiki maka fasi yg mnjage checkpoint pun melepaskan kami utk melaksanakan pule praktikal solat.. ayuh adik2 kite praktik kan same2.. maka dibaiki lah cara2 prgerakan adik2 dalam solat (ramai juga yg salah cara nye, trutama ketika ruku’ dan sujud).. Alhamdulillah, sempunarlah sudah amali pergerakan dalam solat maka brgeraklah semua kembali ke dewan utk majlis penutupan..
Emm terharu pule melihat adik2 yang kecilnya sudah ketiadaan tempat bergantung yang utama sedangkan diriku mempunyai segala yang mereka tiada.. Melihat dan memikirkan nya memang sama sekali tidak sama dengan hati dan jiwa yang menanggungnya bak kata pepatah “berat mata memandang, berat lagi bahu memikul”.. jam menunjukkan pukul 6.30petang, sepatutnya program ini tamat jam 5.30 petang, tetapi wajah masing2 tidak sanggup meninggalkan adik2 di sini.. Masa nya hampir tiba untuk kami pulang ke kampus berat rasa hati nak tinggalkan adik2 sekalian.. akhir sekali semua diminta membuat satu bulatan besar untuk bersalam-salaman (err macam akan nangis je).. maka bersalam2 lah adik2 dan kakak2 (err maka keluarlah butir2 jernih dari mata masing2 bukan sahaja adik2 malah akk2 fasi juga sedangkan tiada pertalian darah)..teringat aku akan kata indah dariMU dalam surah al-hujurat ayat 10 :
Orang-orang beriman itu Sesungguhnya bersaudara. sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.
Ingin aku katakan emm kalian bersabar ye,, tetapi bila mana sampai adik Nadhirah di hadapanku, aku menjadi kaku seketika, Allahuakbar perkenalan yang tidak sampai sehari akak dengan kamu adikku mengalirkan air mata kerana akak syg kamu kerana Allah.. adik,, DIA yang pertemukan kite hari ini, akk x pernah bermimpi untuk mendapat adik sebaik adik, aku menghulurkan hadiah dan pesanan aku pada sekeping kertas untuk mu “adik jangan tinggal solat, jage hubungan dgn Allah, ingat Allah sentiasa bantu adik, belajar rajin2 nanti mintak kat mak, adik nak masuk sekolah Agama, akk x dek ape nak bg, dan hadiah yg akk bg tadi cume itu sahaja yg akk ade sekarang, terimalah  adik lebih memerlukannye dari akak”..
Allahuakbar mengalir air mata ku dan kamu adik ku ketika kamu dalam dakapanku..Syukur padaMU Ya Allah..diri ini tidak pernah merasa kehadiran seorang adik, tapi hari ini aku merasakannya..adik akk pulang dgn hati yg berat lambaian trakhir adik ketika hujan lebat itu masih tersimpan kemas dalam memori akk. Adik bebanan yang adik tanggung ketiadaan ayah dan mempunyai ibu yg bekerja utk adik dalam pencarian yg sukar malah trpaksa melakukan pekerjaan yg tidak wajar,, tetapi adik itu lah jasa ibu adik nak membesarkan adik, walau apa keadaan pun beliau tetap ibu adik.. adik, akk berdoa dalam sujud akk agar Allah lembutkan hati ibu adik untuk mencari rezeki yg berkat dan Allah sirami hati adik dgn nur Islam yg mampu melahirkan diri adik seorang muslimah yg solehah. Untuk renungan bersama Rasulullah s.a.w bersabda : “TIDAK AKAN BERIMAN SESEORANG DI ANTARA KAMU APABILA KAMU TIDAK MENCINTAI SAUDARAMU SEPERTI KAMU MENCINTAI DIRIMU SENDIRI"  Sekian sahaja untuk kali ini..

2 comments: