
Assalamualaikum sahabat sekalian, post kali ini ana ingin kongsikan sedikit
pengalaman ana pada 26 Mac 2011, ana telah menyertai dan telah
menyempurnakan projek Ko RAKAN KAUNSELOR UniSZA 2010/2011 yang diberi nama
“Sehari Bersama Pemimpin Muda”. Projek ini dilaksanakan bagi memenuhi jam
kredit dan dinilai markah sebanyak 60%. Kami ahli Rakan Ko dengan kerjasama
penasihat kami yang disayangi Puan Ju dan Puan Hafiah telah memilih menjalankan
projek kali ini di Rumah Anak Yatim Darul Falah. Bas disediakan sebanyak 3 buah
tetap tidak mencukupi, ana dan sahabat yang ana sayangi (nur atiqah) diminta
untuk menaiki kereta urusetia (lagi kami bersyukur dan suka x yah naek bas
dengan kaum Adam hihi bukan apa nanti dilihat dan terlihat pula hihi dah
dosa).. Jadi tepat 7.30 kami bergerak dengan menaiki kereta (MPV hihi), kami
sampai di Darul Falah jam 7.50 (laju driver ni drive, walaupun muslimat tetapi
tetap hebat hihi)..
Allahuakbar sewaktu sampai dan menjejakkan kaki terasa dalam diri ini
gembira melihat kawasan yang tenang dan terdetik di dalam hati ini “Ya Allah,
sungguh besar pahala buat orang yang membina tempat ini dan menjaga kebajikan
anak-anak di sini”.. Subhanallah, sewaktu melihat adik-adik muslimat dan
muslimin disini terdetik juga “x kurang juga kemajuan disini, pemakaian dan
gaya adik2 seperti di luar juga (ade juga rambut cacak2 gituh hihi macam2 ada).
Emm program bermula dengan ucapan pengarah program, antara kata2 yang menarik,
“kita datang jangan niatkan hanya untuk memenuhi jam kredit, tapi penuhi masa
bersama dengan adik2 di sini dengan memberikan apa yang bermanfaat”.
Seterusnya ucapan dari ustaz hafiz pemangku pengetua Darul Falah, antara
kata2 beliau yang ana tertarik ialah “adik2 mahasiswa sekalian berbesar hati
kami menerima kedatangan kalian, kami terkejut menerima kalian yang berjumlah
200 orang, sehinggakan 2 orang tukang masak kami jatuh sakit dan tidak
dibenarkan untuk terus memasak hari ini, munkin terkejut menerima ramai tetamu
(dgn wajah yang tersenyum dan ketawa), walaubagaimanapun kami cuba memberikan
perkhidmatan yang terbaik untuk kalian” dan kata akhir beliau sebelum
merasmikan “adik2 ingat lah Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam mengatakan
“Orang yg menanggung (mengembirakan) anak yatim baik anak yatim itu ada
hubungan keluarga mahupun tidak, maka saya dan orang yang menanggungnya seperti
dua jari ini di dalam syurga.”, Malik bin Anas perawi hadis itu mengatakan,
baginda memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengah”..huh menaikkan
semangat ana untuk tidak sia2 kan detik2 bersama dengan adik2 di sini..
Bermulalah aktiviti pertama ice-breaking dengan mengasingkan mengikut bunyi
haiwan (kump ana bunyi ayam huhu, kakak2 kene buat bunyi utk adik2 cari haha
kelakar pun ade).. Kumpulan ana 5 org adik hawa dan 2 org adik adam..
Seterusnya jom maen spiderweb, dalam kumpulan ana, ana diberikan balingan
tali hijau dari seorang adik yang manis senyuman nyer dan ana perlu mentaa’rufkan
diri hihi, sampailah semua dah taa’ruf maka err maen tarik2 tali pule, err kene
gabung2 spiderweb dengan kump laen yang lebih besar dan perlu gerak ke dewan
(lalu lorong sempit) dgn memegang tali masing2 tanpa seorang pun ahli rase
sakit dan gabung dengan semua sekali kumpulan(huh ade 10 kump gabung membentuk
sarang labah2 yang besar dan cantik).. hebat juga permainan nie, permulaan yang
cukup mencabar huhu tapi ini lah yang di ibaratkan “tali ikatan ukhwah”.
Err sewaktu aktiviti di dalam dewan, tiba2 seorang adik ahli kumpulan ana
datang (dgn senyuman malu) err hawa tau bukan adam. Lalu berkata “akk, sayo nok
jadi adik angkat akk, buleh?” hihi dengan terdiam sejenak dan menjawab “ho
buleh2, apo namo dik, lupo pulo waktu taa’ruf td” (gelabah dan ketawa malu).. “namo
sayo nadhirah binti azmi” ana pun jawab dgn yakin nyer “oh, adik
hok duk Pake deh”, hihi betul juga jawapan ana hihi nampak alert cket.. Selepas
tu banyak lah aktivitinya, yang bestnye ade explorace dan ade checkpoint maen
tulis rukun solat (err ramai duk maen pandang2 satu same laen trmasuk fasi), 13
jangan kurang jangan lebih pule ye adik2 dan kawan2.. time nak hantar pd
fasi yang menjaga checkpoint tuh, ana chek dan kate “dalam solat subuh ade x
tahyat awal?” reaksi adik2 dan fasi “err x dek kot” ana jawab “hihi jadi x kan
tahyat awal wajib dik”.. “err ape lagi ye kak, kalo buang tahyat awal jd 12
pule”.. “dik, cube bayangkan prgerakan kite same, hah kan duduk tahiyat akhir
dgn membaca tahyat akhir kan asing”.. setelah dibaiki maka fasi yg mnjage
checkpoint pun melepaskan kami utk melaksanakan pule praktikal solat.. ayuh
adik2 kite praktik kan same2.. maka dibaiki lah cara2 prgerakan adik2 dalam
solat (ramai juga yg salah cara nye, trutama ketika ruku’ dan sujud)..
Alhamdulillah, sempunarlah sudah amali pergerakan dalam solat maka brgeraklah
semua kembali ke dewan utk majlis penutupan..
Emm terharu pule melihat adik2 yang kecilnya sudah ketiadaan tempat
bergantung yang utama sedangkan diriku mempunyai segala yang mereka tiada..
Melihat dan memikirkan nya memang sama sekali tidak sama dengan hati dan jiwa
yang menanggungnya bak kata pepatah “berat mata memandang, berat lagi bahu
memikul”.. jam menunjukkan pukul 6.30petang, sepatutnya program ini tamat jam
5.30 petang, tetapi wajah masing2 tidak sanggup meninggalkan adik2 di sini..
Masa nya hampir tiba untuk kami pulang ke kampus berat rasa hati nak tinggalkan
adik2 sekalian.. akhir sekali semua diminta membuat satu bulatan besar untuk
bersalam-salaman (err macam akan nangis je).. maka bersalam2 lah adik2 dan
kakak2 (err maka keluarlah butir2 jernih dari mata masing2 bukan sahaja adik2
malah akk2 fasi juga sedangkan tiada pertalian darah)..teringat aku akan kata
indah dariMU dalam surah al-hujurat ayat 10 :

Orang-orang beriman itu Sesungguhnya bersaudara. sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.
Ingin aku katakan emm kalian bersabar ye,,
tetapi bila mana sampai adik Nadhirah di hadapanku, aku menjadi kaku seketika,
Allahuakbar perkenalan yang tidak sampai sehari akak dengan kamu adikku
mengalirkan air mata kerana akak syg kamu kerana Allah.. adik,, DIA yang
pertemukan kite hari ini, akk x pernah bermimpi untuk mendapat adik sebaik
adik, aku menghulurkan hadiah dan pesanan aku pada sekeping kertas untuk mu
“adik jangan tinggal solat, jage hubungan dgn Allah, ingat Allah sentiasa bantu
adik, belajar rajin2 nanti mintak kat mak, adik nak masuk sekolah Agama, akk x
dek ape nak bg, dan hadiah yg akk bg tadi cume itu sahaja yg akk ade sekarang,
terimalah adik lebih memerlukannye dari akak”..
Allahuakbar mengalir air
mata ku dan kamu adik ku ketika kamu dalam dakapanku..Syukur padaMU Ya
Allah..diri ini tidak pernah merasa kehadiran seorang adik, tapi hari ini aku
merasakannya..adik akk pulang dgn hati yg berat lambaian trakhir adik ketika
hujan lebat itu masih tersimpan kemas dalam memori akk. Adik bebanan yang adik
tanggung ketiadaan ayah dan mempunyai ibu yg bekerja utk adik dalam pencarian
yg sukar malah trpaksa melakukan pekerjaan yg tidak wajar,, tetapi adik itu lah
jasa ibu adik nak membesarkan adik, walau apa keadaan pun beliau tetap ibu
adik.. adik, akk berdoa dalam sujud akk agar Allah lembutkan hati ibu adik
untuk mencari rezeki yg berkat dan Allah sirami hati adik dgn nur Islam yg
mampu melahirkan diri adik seorang muslimah yg solehah. Untuk renungan bersama
Rasulullah s.a.w bersabda : “TIDAK
AKAN BERIMAN SESEORANG DI ANTARA KAMU APABILA KAMU TIDAK MENCINTAI SAUDARAMU
SEPERTI KAMU MENCINTAI DIRIMU SENDIRI" Sekian sahaja untuk kali ini..
ada adik dah dia ni....hehe
ReplyDeletehihi Alhamdulillah ya ukhti (^_~)
ReplyDelete